بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sunday, June 17, 2012

ISRAK MIKRAJ


1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam

Tuesday, May 29, 2012

Addin: Kenyataan Panas DS Nizar Jamaluddin Berkenaan No. ...


Dalam kehangatan isu no. plat WWW 1 nampaknya DS Nizar Jamaluddin telah mengeluarkan kenyataan berkaitan di Twitter. Kenyataannya agak panas, namun ada kebenarannya. Sesetengah pihak melihat isu ini diibaratkan menghantar bola tanggung  kepada blogger dan media United Malays National Organisatioan (Umno).

Sebenarnya itulah tugas blogger dan pencacai United Malays National Organisatioan (Umno) sentiasa mencari isu untuk di spin sepuas-puasnya, betul tak betul itu lain cerita..

Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab ia menjadi kewajipan untuk menegur walau kepada sesiapa pun. Kerana fitrah manusia sentiasa mudah lupa, bila lupa akan ada orang menegur. Terpulanglah kepada kita samada boleh menerimanya ataupun tidak..


Putera Mahkota Johor juga membuat kenyataan berkaitan WWW1 di Twitter.



“Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. Selesa untuk tidak meminta dari MB atau dari mana-mana pegawai Kerajaan. Wang yang diperuntukkan kepada Bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.
Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum Anda buka mulut anda, sila selidik.”agak...

Addin: Gambar Tunku Abdul Rahman Minta Melayu Hapuskan Um...

Gambar Tunku Abdul Rahman Minta Melayu Hapuskan Umno

Tengah-tengah blogwalking terjumpalah satu keratan akhbar dari blog Debik Karmic. Tertarik pulak dengan keratan akhbar nih.. Seorang pejuang kemerdekaan dari parti United Malays National Organisation (Umno) iaitu Tunku Abdul Rahman pun minta orang Melayu hapuskan Umno.

Friday, May 25, 2012

Ibnu Hasyim: Jangan Tengok Video Miley Cyrus Dedah Tubuh Ini..

Ibnu Hasyim: Jangan Tengok Video Miley Cyrus Dedah Tubuh Ini..: HALAMAN HIBURAN MILEY Cyrus nampaknya bangga jadi pusat perhatian. Berkali-kali bintang muda ini sengaja berpakaian terb...

Thursday, May 24, 2012

PASPB: KHAIRY KANTOI!!! (Video) Pendidikan percuma di Tur...

PASPB: KHAIRY KANTOI!!! (Video) Pendidikan percuma di Tur...: KJ dan blogger umno. Apa barang wiki ?  Apa barang google ? Korang call aje lah. Settle masalah dowh. Lihat kat bawah neh. Benda ...

Tuesday, May 22, 2012

Pak Long Din: Ostad Azhar Idrus...

Pak Long Din: Ostad Azhar Idrus...: Salam semua... Fulamak cek oiii...!!! Memang ramai, memang hebat betoi la aura Ostad Azhar Idrus nih... Pak Long suka cara dia pergun...
Salam semua...

Fulamak cek oiii...!!! Memang ramai, memang hebat betoi la aura Ostad Azhar Idrus nih... Pak Long suka cara dia pergunakan kelebihan yang Tuhan bagi kat dia, ikut jalan yang dia percaya untuk menegakkan Islam ngan cara dia...


Tak dinafikan la, kalau tengok ke gambaq yang Pak Long ambik kat sini, sampai ada yang kata anggarannya lebihkurang 30,000 orang yang mai dengaq kuliah ostad mesra audien nih... tahniah...


Ca tengok, lautan manusia sanggup berembun memenuhi Dataran Perwaja Gurun Sabtu malam lepaih...


Yang mai tercongok ni semua pakai duit sendiri... tak dak sapa-sapa yang gatai nak sogok ngan duit ringgit dan nasik bungkuih punya. Memasing yang mai insyaallah... tentu dah pasang niat semuanya kerana Allah s.w.t...


Tu la pasai kot sampai ada yang gerun tak ketahuan hala kat dia... ishh... ishh...


Parking yang penuh sesak...


Dengaq kata yang parking sampai 3 km panjang dan sanggup berjalan kaki ketempat ceramah...

Pak Long nak ambik kesempatan ni nak ucapkan syabas gak la pada pihak penganjur yang berusaha memberi ruang, sekurang-kurangnya sedikit usaha untuk menegakkan Islam dibumi tercinta nih....

Wassalam...

Monday, May 21, 2012

mencari kebenaran: Pastikan Kesahihan Hadis Tentang Rejab

mencari kebenaran: Pastikan Kesahihan Hadis Tentang Rejab: HADIS PALSU BULAN REJAB Oleh Mohd Shukri Hanapi, Berita Harian Online, 17 Ogos 2005: UMAT Islam ini berada dalam Rejab iaitu bulan ...

Friday, May 18, 2012

Islamic Medical of Malaya: Bekam-Proses Buang darah Kotor-Incredible

Islamic Medical of Malaya: Bekam-Proses Buang darah Kotor-Incredible: Melalui lubang kecil yang dibuat pada kulit, tekanan dilakukan jenis sedutan pada bahagaian itu. Tak sakit lah sebab sekarang guna pen la...

info BEKAM klik sini

Di sini untuk carian BEKAM atau darulbekam.. Segala maklumat yang anda cari berkenaan bekam ada di sini. Mari sihat hari tua dengan bekam.

Friday, May 11, 2012

Wanita Dan Penjagaan

Wanita telah dijadikan sebagai suatu kuasa yang telah disalahguna dalam masyarakat maklumat kini atas dasar mengalahkan nafsu, meningkatkan kuantiti pemasaran. Contoh yang dapat kita lihat banyak pada hari ini, iaitu pada zaman masyarakat maklumat, ikon wanita pada satu-satu jenama dilihat dapat memberi impak kepada pemasaran satu-satu barangan. Walaupun masyarakat pada masa ini sedar, mudah mendapat maklumat berkenaan sesuatu, tetapi adakah mereka sedar kita telah disuntik racun berbisa yang menjatuhkan maruah wanita yang bukan katanya wanita yang lain mencari rezeki dalam bidang peragaan tubuh ataupun menjual pandangan tubuh kepada orang ramai. Berapa harga bentuk tubuh anda? RM 200 000 + dosa sendiri + dosa orang melihat + dosa orang yang gagal mengawal syahawat + dosa mak pak yang tak tegur tapi mengandaikan rezeki dari Allah. Bukan rezeki tu, itu orang panggil, disesatkan lagi dengan dunia. Mari orang yang berjuang dalam Islam, ubah diri dan ahli sendiri sebelum mengubah orang lain dalam pendekatan mengajar melalui teladan, bukan mengajar melalui makian.

Friday, April 20, 2012

Peraduan Hawa Kembali ke Syurga

1. Tidak nampak kulit melainkan 2 kawasan
2. Tidak nampak bentuk tubuh
3. Yang jaga pandangan
4. Yang jaga pemakanan
5. Tidak bercakap dan bercakap yang baik
6. Tidak melangkah dengan langkah yang besar
7. Tidak ada hari yang berlalu tanpa ayat Quran
8. Jaga kefardhuan
9. Doa kepada ibu bapa
10. Tidak melenggokkan badan waktu berjalan
11. Tidak pakai haruman yang kuat dengan niat orang tahu aku wangi
12. Tidak berpura-pura dengan make-up
13. Tidak berjalan seorang melainkan dengan yang dibenarkan

Wanita dan Berlian

Sedarkah anda pasangan anda sedang diperhati? Tahukah anda ada niat jahat yang ada pada pemerhati isteri anda yang mengatakan, "wuui, cantik dia ni, kalau dapat, sedap ni". "Kalau luar macam ni, dalam mesti lagi smart". "Warna apa yang dia ni pakai kat dalam?", "badan macam ni cantik ni", "besarnya kaki dia", "badan keping-keping, nak tayang tali gitar", "ingat cantik la tu pakai tebal-tebal tepung kat muka", "bulu lengan macam gorila nak dedah jugak, nanti masuk kutu barula tau", "putih betul no kaki dia ni, mesti satu badan putih bersih", "eh, ada parut 10 sen kat kaki dia, mesti orang bendang ni, kat tempat lain mesti lagi banyak duit syiling", "ketatnya seluar dia ni, bagus jugak boleh tengok, boleh bayang", "oi, mak ai, mesti best laki dia ni", "boleh bernafas ka dia ni pakai ketat-ketat?", "rugi aku tak mengorat dulu, dapat kat orang lain, badan sedap macam ni", "tak senonoh la dia ni pakai, ingat smart la tu?"

Tak malukah kita sebagai penjaga wanita yang mulia membiarkan jagaan kita sedemikian. Islam menggariskan panduan berkenaan aurat untuk mengangkat martabat wanita bukan untuk menyembunyikan kecantikan. Sebab apa? Wanita bukan PRODUK murahan yang dijual untuk tatapan umum peningkat naluri kejantanan, tetapi wanita lebih mahal dari 10 ribu tan berlian gred AAA. Kembalikan jagaan kita di ruang eksklusif, bukan di rak kasut, bukan di almari kaca jernih, mungkin di almari kaca ber-tinted gelap. Buat tanda "BUKAN UNTUK TATAPAN".

Tuesday, April 03, 2012

Kasturi Ruqyah Power


Untuk kegunaa luar sahaja - DiPowerkan untuk :-
1. Melawan dan mengatasi gangguan
2. Penyembuhan (asbab) penyakit
3. Bayi menangis disebabkan gangguan
4. Diformulakan dengan anti sihir
5. Merawat resdung warisan atau keturunan
6. Sebagai pelembut hati
7. Mengatasi masalah malas belajar dan beribadat
8. Memudahkan fokus
9. Mengatasi masalah tidur malam
10. Pagar diri
11. Pelembut hati suami dan isteri
12. Menenangkan fikiran
13. Menguatkan rohani dan sistem dalaman tubuh
14. Menghilangkan ketakutan dan gementar
15. Disukai para malaikat - Doa mudah diangkat
16. Mencerdaskan otak
17. Menguatkan otot jantung - nafas lebih panjang
Daripada Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyah R.A; kasturi didapati banyak khasiat :-
1. Menenangkan jiwa dan hati
2. Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
3. Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
4. Menghilangkan debaran jantung dan sesak nafas
5. Menyedarkan orang pengsan
6. Membuang angin yang berlebihan di dalam badan
7. Memperkuatkan organ dalaman tubuh
8. Menghilangkan rasa gementar dan sejuk tubuh
9. Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
10. Diredhai Allah, menyukakan para malaikat dan orang soleh dan sebaliknya dapat mengusir syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya
11. Mencegah gangguan jin dan Angin Ahmar
p/s : Semua yang berlaku adalah dengan izin, semoga dengan medium ini, Allah menjadikannya sebagai asbab kepada perkara yang baik.

Air Ruqyah Power

Untuk kegunaan dalam dan luar - DiPowerkan untuk :
1. Melawan dan mengatasi gangguan dengan cara membelasah si pengganggu
2. Penyembuhan (asbab) penyakit klinikal
3. Bayi menangis disebabkan gangguan
4. Dengan formula anti sihir
5. Merawat redung warisan
6. Melembut hati yang keras - degil
7. Mengatasi malas belajar
8. Ubat malas belajar
9. Memudahkan untuk fokus pada sesuatu perkara
10. Mengatasi masalah tidur malam
11. Memagar kediaman, premis perniagaan dan diri
12. Pelembut hati suami dan isteri
13. Mengatasi masalah lambat hamil
14. Menenangkan fikiran
p/s : Air tiada kuasa melainkan hanya medium doa berpanjangan kepada ALLAH

Friday, December 30, 2011

Bekam

Bekam merupakan suatu proses meletakkan tekanan terhadap kulit untuk mengeluarkan sesuatu di sebalik kulit sama ada terdapat angin, toksin, sel mati, darah kotor dan sebagainya. Proses ini pernah dilakukan oleh Rasulullah saw, dan melakukannya membolehkan kita mendapatkan pahala mengamalkan sunnah. Kebaikan dan hikmah melakukan bekam yang merupakan rawatan alternatif tertua ini dapat dibuktikan pada zaman saintifik ini yang membuktikan padanya terdapat 1001 kebaikan dari segi penjagaan kesihatan. Orang yang selalu mengamalkan bekam tahu kebaikan berbekam ini. Bukanlah untuk orang yang tahu sahaja, tetapi untuk semua orang yang berpeluang dan untuk orang yang tahu menghargai tubuh sendiri. http://darulbekam.blogspot.com

Thursday, December 22, 2011

Sudah tahu bertanya Pula!!

Bagaimana untuk mulakan sesuatu

Tahu apa yang anda lakukan. Bukan tahu sekadar tahu, tetapi mengetahui perjalanan apa yang anda mahu jalankan, iaitu tahu tentang pusingan roda yang berpusing atas dan bawah, itu lumrah kehidupan. Kajian dan penyelidikan berkenaan bidang perlu dilakukan dan rujukan pihak yang maklum tentang suatu perkara. Tapi ada sesuatu yang baik, iaitu Allah akan lebih dekat dengan kita bila kita menuju kepadaNya.

Bersedia menghadapi risiko. Kebanyakkan orang berjaya adalah orang yang berani mengambil risiko dan seterusnya dapat mengatasi masalah dengan cara yang betul. Bagaimana yang dikatakan 'betul'? Betul adalah mengambil jalan yang sepatutnya diambil selepas diambil kira kesan akibat suatu cara penyelesaian dipilih iaitu dengan meminimumkan kesan dan mengoptimumkan hasil. Semoga Allah menunjukkan kita jalan yang lurus.

Mengetahui akan ada liku yang menyusul. Dunia penuh dengan ujian dan cabaran dari pelbagai cara dan jenis sama ada dari diri sendiri, keluarga, masyarakat dan sebagainya. Kita sebagai manusia yang bergelar muslim perlu yakin bahawa, ujian boleh meningkatkan ketakwaan kita dan boleh juga sebaliknya jika kita tidak bersabar dan bertenang. Ingat, ujian pasti ada, mudah-mudahan Allah memberi ketenangan dan kesabaran dalam usaha kita mendapatkan tiket 'abadi' di sana.

Berilmu dan berdisiplin. Ilmu adalah penyuluh hidup dan berdisiplin membawa kepada kesempurnaan tetapi masih tidak sempurna kerana kita manusia. Mengetahui hukum dalam hal ehwal sesuatu perkara dapat mengelakkan kita dari terjerumus ke dalam kehinaan di sisi Allah. Apalah kira gunanya, hidup di dunia andai tidak diredhai dengan perbuatan kita yang tidak betul. Kerana kita muslim, mengetahui tentang balasan ganjaran yang abadi hasil 'peperiksaan dunia ini'.

Berdoa dan memohon dari Allah. Orang yang sombong adalah yang tidak berdoa kepada Allah. Sombong dan bongkak bukan pakaian manusia kerana setiap apa yang ada di bumi ini adalah milik Allah. Doa menjadikan kita sebagai hamba yang kenal diri bahawa setiap sesuatu adalah urusan Allah, maka jadilah orang yang merendah diri dan hati dengan berdoa. Semoga dengannya, Allah tidak memalingkan dari rahmat kasihNya. Allah lah yang Maha Memberi Rezeki, anak soleh, kawan soleh, ibu bapa soleh, ketenangan, kelapangan dan sebagainya.

Melakukan yang fardhu. Kefardhuan telah ditetapkan oleh pencipta kita kepada setiap hambanya yang kita semua sedia maklum. Solat yang merupakan tiang agama apabila dilakukan kerana tanpanya, amalan lain tidak diangkat. Jadi, jadikanlah agama itu satu dari kehidupan dan bukannya sebahagian dari kehidupan kerana dengan kehidupan beragama, dapat membimbing manusia menuju ke syurga. Bukan seperti beragama pada tempat tertentu atau pada musim tertentu. Semoga kita menjadikan "Islam is the way of life" bukan "Islam is the part of life".

Bertawakal kepada Allah. Ketentuan dari Allah kadangkala tidak seperti yang kita jangkakan samada yang menggembirakan atau sebaliknya. Tetapi yang pasti, ada hikmah yang tersirat disebalik ujian. Semoga Allah meningkatkan iman dan taqwa kita dari takdir yang ditetapkan. Setiap segala sesuatu hasil daripada ketentuan Allah, seperti bagaimana saya terbaca tulisan ini setelah tulisan ini ditulis 10 tahun lepas mengingatkan kembali bahawa, dunia ini tidak seronok jika dibandingkan dengan syurga.

Allah, tuhan yang Maha Besar, Maha Penyayang, Maha Pengasih, masukkan aku ke syurga tanpa singgah ke neraka. Bimbinglah aku dengan takdirMu untuk itu.

Friday, December 09, 2011

Apa ni?

Assalamualaikom wbt, alhamdlillah, dengan izin Allah, dengan takdir Allah, kamu ditetapkan untuk membaca di dalam laman ini. Semoga dengan pembacaan ini dapat kita bersama-sama menilai diri kita semua, adakah kita berfungsi sebagai mana yang sepatutnya kita berfungsi iaitu sebagai 'hamba Allah'.

Kita semua telah meletakkan cita-cita dan harapan juga impian untuk memperoleh sesuatu dan mengharapkan Allah mengabulkan impian kita itu. Tetapi adakah kita sebagai hamba Allah ini melakukan apa yang disuruh oleh pencipta kita dan pencipta seluruh alam ini iaitu Allah? Diibaratkan seperti seorang bapa yang mahukan anaknya mencapai markah yang tinggi, tetapi tak dapat, mahukah bapa itu memberikan apa yang anak nya itu minta? Kadang-kadang boleh beri. Selalu tak bagi la.

Kita ini selalu mengasingkan kehidupan dunia dengan kehidupan beragama tanpa kita sedar ia adalah salah. Kita difardhukan untuk menutup aurat bukan semata-mata di tempat-tempat tertentu atau majlis tertentu. Agama kita hanya di masjid surau, akad nikah, kematian dan ceramah. Kita ambil agama ni yang kita suka dan kita tinggalkan yang kita tidak suka. Boleh ka macam tu?

Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana kita dilahirkan oleh orang Islam, jadi kita pun jadilah Islam. Adakah Islam kita hanya sebagai agama yang diwarisi dari ayah ibu kita. Atau ajaran yang dipertontonkan untuk kita ikuti oleh masyarakat sekeliling kita yang majoritinya orang Islam. Atau hasil penyerapan oleh ibu bapa kita yang menyuruh kita melakukan atau menunaikan solat 5 waktu, berpuasa, dan lain-lain sejak dari kecil.

Mana intipati pengabdian diri kepada Ilahi seperti bersolat dan berpuasa jika kita hanya mengikut seperti lalang tanpa meletakkan kepercayaan kepada Allah. Sia-sialah ibadat solat, pergerakan semasa solat dibuat kerana ikutan budaya orang lain pun melakukan itu, ini. Selami diri, pahatkan dalam diri. Allah menyuruh dan melarang kerana Allah mahu berikan kepada kita ganjaran yang kekal abadi yang tak terfikir akan nikmatnya di dunia ini. Makan rasa sedap, tapi sedap tu masa makan ja, habis makan, habis la rasa sedap tu. Dunia semua bersifa sementara, betulkan, semua orang tahu.

Jadi bermula saat ini, didiklah diri untuk mempelajari dari orang alim tentang dunia ini, jadikan kehidupan di dunia sebagai suatu ibadat dengan meletakkan segalanya kerana Allah, Allah yang lebih mengetahui dari yang tahu.

Wallahualam..

Monday, August 01, 2011

Jeng, Jeng, Jeng !




Selamat tiba, dan selamat beramal untuk diri masing-masing, ingat, ikhlas semata-mata kerana yang Esa bukan kerana faktor penarik dari masyarakat yang semua melakukannya, jadi, ikut sajalah, dapat jimat duit poket sebab tidak berbelanja di siang hari, selain dapat menguruskan badan kerana kurang makan katanya lagipun dapat pahala kata ustad yang mengajar disekolah fardhu ain masih terngiang memberi alasan berpuasa untuk melengkapkan pertanyaan di dalam diri, "kenapa aku berpuasa?".

Semoga Ramadhan kali ini memberi kita suatu kefahaman yang lebih baik dalam menelusuri perjalanan sebagai sebagai seorang mu'min sejati yang mengamalkan Islam secara keseluruhan bukan mengasingkan kepada partition-partition tertentu yang mudah kepada diri sendiri untuk laksanakan.

Hari Ini Lebih Baik dari Semalam,

Thursday, July 14, 2011

ALT

Saya tahu, kita tahu, semua tahu, kerajaan pengecut pimpinan Najib yang takut terkapai dibuang rakyat yang mahukan pemanduan negara dalam keadaan bersih dan lancar, bukannya lancar dalam paradigma Najib sendiri dan pimpinan yang rata-rata masyarakat bandar, desa maklum media arus perdana terlalu berat sebelah menjadikan pimpinan BN sebagai malaikat yang anti-kesalahan. Tapi almaklumlah, dunia sudah maju Najib, Malaysia pun sudah tengok komputer, maklumat bukannya didapati dari TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8, TV9, Astro, Berita Harian, Utusan, Metro SAHAJA tunai, saluran banyak. Manusia Malaysia boleh berfikir, menilai, tapi bukan itu sahaja, manusia juga mempunyai suara yang pendapatnya, perlu dinilai dan dikaji bukannya dikeji kerana fahaman yang berbeza. Nak suruh insaf, dah lebih 40 tahun. Orang kata, kalau nak berubah, mesti sebelum 40 tahun, kalau dah lajak tu, dah susah, aku doakan kamu, Najib diberi hidayah sebelum nafas berakhir di sini, semua manusia memerlukan hidayah. Pucuk pangkal, kita datang dari Allah, kita kembali kepada Allah, kita dokong agama Allah, kita ikut perintah Allah, kita ikut panduan Allah. Sekarang kita tidak ada Nabi lagi, tapi pewaris Nabi adalah ulama'. Dunia sekarang kita semua tak nampak lagi apa yang bakal kita tempuh dengan kelakuan kita di dunia ini, mengandaikan Allah memberi kesempatan untuk bertaubat pada beberapa ketika sebelum menghembus nafas terakhir. Allah Maha Adil, rakyat yang bersuara dikatakan membuat huru-hara diperlakukan seperti pesalah berat dengan bantuan Polis yang menjaga negara atas arahan pemimpin negara, DENGAN pemimpin yang menentukan dasar negara. Siapa yang layak? Rakyat salah lagi? Nak dibiarkan kamu mengejar impian tinggi menggunung, takut daki, lompat, takut lompat, terbang. Jatuh tempat tinggi sakit oo. Apa salah rakyat berbaju kuning nak berhimpun di ibu kota? Kesalahan menghasut? Kesalahan menyebabkan peniaga rugi berjuta-juta? Kesalahan menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana polis membuat sekatan? Kesalahan kerana tidak menyokong dasar? Kesalahan kerana bersuara? Kesalahan kerana duduk dibelakang pimpinan yang menjadi musuh politik? Kesalahan kerana tidak jadi bodoh mengiakan sahaja maklumat yang diterima dari TV? Kesalahan kerana mengandaikan pimpinan kamu tidak baik dari pimpinan yang kami pilih? Kesalahan kerana kami di negara Islam yang Isteri pemimpin negara Islam kami tidak menutup aurat? Kesalahan kerana kami tidak mendambakan kamu sebagai ulama'? Kesalahan kerana kami tidak bersetuju dengan Suruhanjaya yang tidak berdiri dibawah kaki sendiri? Jika itu semua salah, Malaikat pun kalah dengan kamu.