بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Saturday, October 24, 2009

Cendawan Thiram Kelabu


Sayuran jenis Cendawan hidup segar di tempat yang bersih dan berkualiti tahap pengudaraannya. Tapi berita buruk bagi orang yang mengalami masalah angin dalam badan, elakkan memakannya kerana ia berangin satu badan. Bagi orang yang tiada masalah angin tak ada masalah, sedap lagi berkhasiat.

Pertanian adalah perniagaan

Lihat di kiri, di kanan, di atas, semuanya peniaga-peniaga berbangsa cina. Kenapa bangsa cina dikategorikan sebagai bangsa berniaga? Tanyalah kepada rakan teman anda yang berbangsa cina adakah keluarganya mempunyai perniagaan sendiri ataupun adakah keluarganya minat dalam perniagaan? Anda tahu jawapannya.

Adakah melayu tidak boleh menjadi peniaga? Tanyalah kepada diri anda. Tidak kira sebagai petani, penternak ataupun usahawan yang menghasilkan produk hiliran, adakah penghasilan produk ataupun hasil ladang ternak atau tani tidak setanding dengan produk yang diusahakan oleh orang cina? Tidak hairanlan ada dalil yang mengatakan bahawa 'tuntutlah ilmu sehingga ke negara cina'.

Siapa diri anda? Adakah anda seorang anak kepada seorang penjawat awam mahupun anda anak kepada seorang yang bekerja dalam bidang profesional. Anak-anak cina belajar tinggi-tinggi bukanlah meletakkan sasaran untuk bekerja sebagai penjawat awam melainkan untuk mengetahui cara bagaimana untuk meningkatkan lagi atau menjana peluang perniagaan yang lebih efisyen dan teratur.

Sememangnya profesyen penjawat awam merupakan suatu bidang yang baik dari segi pendapatan yang tetap setiap bulan. Tetapi, adakah anda hanya berpuas hati dengan nilai yang sebegitu(gaji) setiap bulan walaupun ada kadar kenaikan pada setiap tahun? Jangan mudah berasa selesa. ("cukuplah, bolehlah, lepas buat loan beli rumah dengan kereta oklah tu").

Kenapakah anak bangsa melayu kita masih di dalam bayangan kuno budaya lapuk masyarakat?
"makan gaji". Ingat, sejauh mana anda boleh pergi dengan jawatan anda sekarang. Sejauh mana anda boleh membantu orang susah? Persoalan itu anda fikirkan jawapannya.

Marilah kita bersama-sama dalam membangunkan budaya 'melayu bukan semata-mata boleh bekerja di pejabat kerajaan tetapi melayu juga boleh bekerja di pejabat sendiri'.

Mahasiswa-mahasiswa, buka mata dan minda anda dilahirkan ke dunia bukan semata-mata mengisi jawatan GURU. Banyak lagi perkara anda boleh lakukan. Kalau dah nasib tak dapat jadi guru tu, jangan lah kecewa. Buktikan kepada mereka, anda tak mahu hidup sederhana.