بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, December 22, 2009

Ke sana ke sini, apa yang anda mahukan dalam hidup ini!!!?

Bukanlah penulis seorang jutawan yang segak bergaya berkereta mewah dan berbudi bahasa. Tapi penulis ingin berkongsi sedikit idea khasnya kepada anda yang tak tahu sangat nak buat apa. Bukanlah nak berceritakan tentang kehidupan penulis yang senang dari perspektif wang ringgit. Penulis juga orang biasa seperti kebanyakan manusia di dunia.

Bagaimana untuk anda melakukan sesuatu? Matlamat saya bukanlah ingin membuka pemikiran anda untuk melakukan sesuatu yang akan mencapai sesuatu secepat mungkin, tetapi, matlamat saya adalah untuk anda melakukan sesuatu yang akan memberi manfaat kepada anda dalam jangka masa yang panjang ataupun setidak-tidaknya ilmu pengetahuan anda tentang sesuatu perkara.

Siapa yang akan sangka dia akan menjadi seorang yang'bagaimana' pada masa hadapan? Jadi,
-baca surat khabar
-cari permasalahan dalam berita-berita
-fikirkan jalan penyelesaian
-you got your product!!!

-you got a long time to think what is your way to make your dream come true
-you have to think throughly

Tapi tunggu, anda juga perlu memikirkan akhirat anda. Pastikan produk anda tidak berlawanan dengan prinsip dan asas-asas Islam yang mengiakan keAdilan dan meNidakkan kezaliman.
Senaraian yang anda perlu fikirkan:-
-halal
-menutup aurat
-bersih
-tiada rasa was-was dari dalam diri anda

Apa yang anda harapkan dari dunia ini wahai cik adik dan cik abang?

Anda mencari pekerjaan, anda tak dapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan anda?Anda tak tahu nak buat apa.

Habis, jika dalam masa yang lama anda masih tidak mendapat sebarang pekerjaan, takkan lah anda masih di takuk yang lama. Buka hati dan minda, anda berjodoh dengan pekerjaan yang lebih baik dari itu.

Kadang-kadang kan kat dunia ni, yang kita tak suka dan jangka tu la yang terbaik buat kita.
Semua dah tertulis.

**Penulisan ini hanya untuk menyampaikan idea, bukanlah 100% ikut=jadi. Jom cari pengalaman kat dunia ni.

Saturday, December 19, 2009

Set Mini Cendawan (projek Mini)


Kini anda juga boleh merealisasikan impian anda dan negara dalam menjalankan projek pertanian dalam usaha untuk anda menimba ilmu disamping menjimatkan pengaliran wang poket anda keluar.

Dapatkan set mini penanaman cendawan dari saya, (saya bukan orang tengah yang makan atas angin=jadi, tiada banyak birokrasi yang kerja makan atas angin), terus kepada dan dari saya.

Manual penanaman juga disertakan kepada anda. Tidak perlu pergi ke kursus yang akan memakan modal anda rata-rata RM150/kursus/separuh hari+makan tengah hari. Anda sendiri boleh mendapatkan ilmu dari manual(teori) dan praktikal anda dari rumah.

Biar anda jelas dengan apa yang anda lakukan selain menjalankan praktikal semasa kursus. Lagipun praktikal di kursus lebih kepada proses menyediakan bongkah cendawan yang akan memakan masa anda. Dah la sudah makan masa, dengan risiko benih cendawan tidak menjadi akibat daripada penyelenggaraan yang tidak sepenuhnya anti-bakteria dsb.

Anda tidak perlu menunggu selama 2 bulan(tempoh bongkah matang) untuk mendapatkan hasil ini. Anda beli dari saya bongkah cendawan yang sudah matang ataupun bongkah yang 'ready to go'.

Biarlah kerja saya yang menunggu, kerja anda mendapatkan hasil.

Anda penjawat awam atau anda bekerja dengan orang tapi anda rasa anda tiada masa untuk komitmen tambahan, perlukan sesuatu tambahan pendapatan yang melibatkan pembekalan makanan yang terjamin halal tanpa mengganggu perjalanan masa anda?

-Anda perlu dapatkan set mini ini kerana anda hanya perlu mengeluarkan modal yang kecil untuk bisnes pertama anda.
-Anda perlukan perhatian (skop) yang kecil untuk anda melihat perjalanan projek ini untuk anda memperbesarkan skop anda.
-Masa untuk anda beri kepada projek ini dalam 2 minit sahaja/ hari.
-Dan banyak lagi kelebihannya.

Set Mini Cendawan (projek Mini)