بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friday, December 30, 2011

Bekam

Bekam merupakan suatu proses meletakkan tekanan terhadap kulit untuk mengeluarkan sesuatu di sebalik kulit sama ada terdapat angin, toksin, sel mati, darah kotor dan sebagainya. Proses ini pernah dilakukan oleh Rasulullah saw, dan melakukannya membolehkan kita mendapatkan pahala mengamalkan sunnah. Kebaikan dan hikmah melakukan bekam yang merupakan rawatan alternatif tertua ini dapat dibuktikan pada zaman saintifik ini yang membuktikan padanya terdapat 1001 kebaikan dari segi penjagaan kesihatan. Orang yang selalu mengamalkan bekam tahu kebaikan berbekam ini. Bukanlah untuk orang yang tahu sahaja, tetapi untuk semua orang yang berpeluang dan untuk orang yang tahu menghargai tubuh sendiri. http://darulbekam.blogspot.com

Thursday, December 22, 2011

Sudah tahu bertanya Pula!!

Bagaimana untuk mulakan sesuatu

Tahu apa yang anda lakukan. Bukan tahu sekadar tahu, tetapi mengetahui perjalanan apa yang anda mahu jalankan, iaitu tahu tentang pusingan roda yang berpusing atas dan bawah, itu lumrah kehidupan. Kajian dan penyelidikan berkenaan bidang perlu dilakukan dan rujukan pihak yang maklum tentang suatu perkara. Tapi ada sesuatu yang baik, iaitu Allah akan lebih dekat dengan kita bila kita menuju kepadaNya.

Bersedia menghadapi risiko. Kebanyakkan orang berjaya adalah orang yang berani mengambil risiko dan seterusnya dapat mengatasi masalah dengan cara yang betul. Bagaimana yang dikatakan 'betul'? Betul adalah mengambil jalan yang sepatutnya diambil selepas diambil kira kesan akibat suatu cara penyelesaian dipilih iaitu dengan meminimumkan kesan dan mengoptimumkan hasil. Semoga Allah menunjukkan kita jalan yang lurus.

Mengetahui akan ada liku yang menyusul. Dunia penuh dengan ujian dan cabaran dari pelbagai cara dan jenis sama ada dari diri sendiri, keluarga, masyarakat dan sebagainya. Kita sebagai manusia yang bergelar muslim perlu yakin bahawa, ujian boleh meningkatkan ketakwaan kita dan boleh juga sebaliknya jika kita tidak bersabar dan bertenang. Ingat, ujian pasti ada, mudah-mudahan Allah memberi ketenangan dan kesabaran dalam usaha kita mendapatkan tiket 'abadi' di sana.

Berilmu dan berdisiplin. Ilmu adalah penyuluh hidup dan berdisiplin membawa kepada kesempurnaan tetapi masih tidak sempurna kerana kita manusia. Mengetahui hukum dalam hal ehwal sesuatu perkara dapat mengelakkan kita dari terjerumus ke dalam kehinaan di sisi Allah. Apalah kira gunanya, hidup di dunia andai tidak diredhai dengan perbuatan kita yang tidak betul. Kerana kita muslim, mengetahui tentang balasan ganjaran yang abadi hasil 'peperiksaan dunia ini'.

Berdoa dan memohon dari Allah. Orang yang sombong adalah yang tidak berdoa kepada Allah. Sombong dan bongkak bukan pakaian manusia kerana setiap apa yang ada di bumi ini adalah milik Allah. Doa menjadikan kita sebagai hamba yang kenal diri bahawa setiap sesuatu adalah urusan Allah, maka jadilah orang yang merendah diri dan hati dengan berdoa. Semoga dengannya, Allah tidak memalingkan dari rahmat kasihNya. Allah lah yang Maha Memberi Rezeki, anak soleh, kawan soleh, ibu bapa soleh, ketenangan, kelapangan dan sebagainya.

Melakukan yang fardhu. Kefardhuan telah ditetapkan oleh pencipta kita kepada setiap hambanya yang kita semua sedia maklum. Solat yang merupakan tiang agama apabila dilakukan kerana tanpanya, amalan lain tidak diangkat. Jadi, jadikanlah agama itu satu dari kehidupan dan bukannya sebahagian dari kehidupan kerana dengan kehidupan beragama, dapat membimbing manusia menuju ke syurga. Bukan seperti beragama pada tempat tertentu atau pada musim tertentu. Semoga kita menjadikan "Islam is the way of life" bukan "Islam is the part of life".

Bertawakal kepada Allah. Ketentuan dari Allah kadangkala tidak seperti yang kita jangkakan samada yang menggembirakan atau sebaliknya. Tetapi yang pasti, ada hikmah yang tersirat disebalik ujian. Semoga Allah meningkatkan iman dan taqwa kita dari takdir yang ditetapkan. Setiap segala sesuatu hasil daripada ketentuan Allah, seperti bagaimana saya terbaca tulisan ini setelah tulisan ini ditulis 10 tahun lepas mengingatkan kembali bahawa, dunia ini tidak seronok jika dibandingkan dengan syurga.

Allah, tuhan yang Maha Besar, Maha Penyayang, Maha Pengasih, masukkan aku ke syurga tanpa singgah ke neraka. Bimbinglah aku dengan takdirMu untuk itu.

Friday, December 09, 2011

Apa ni?

Assalamualaikom wbt, alhamdlillah, dengan izin Allah, dengan takdir Allah, kamu ditetapkan untuk membaca di dalam laman ini. Semoga dengan pembacaan ini dapat kita bersama-sama menilai diri kita semua, adakah kita berfungsi sebagai mana yang sepatutnya kita berfungsi iaitu sebagai 'hamba Allah'.

Kita semua telah meletakkan cita-cita dan harapan juga impian untuk memperoleh sesuatu dan mengharapkan Allah mengabulkan impian kita itu. Tetapi adakah kita sebagai hamba Allah ini melakukan apa yang disuruh oleh pencipta kita dan pencipta seluruh alam ini iaitu Allah? Diibaratkan seperti seorang bapa yang mahukan anaknya mencapai markah yang tinggi, tetapi tak dapat, mahukah bapa itu memberikan apa yang anak nya itu minta? Kadang-kadang boleh beri. Selalu tak bagi la.

Kita ini selalu mengasingkan kehidupan dunia dengan kehidupan beragama tanpa kita sedar ia adalah salah. Kita difardhukan untuk menutup aurat bukan semata-mata di tempat-tempat tertentu atau majlis tertentu. Agama kita hanya di masjid surau, akad nikah, kematian dan ceramah. Kita ambil agama ni yang kita suka dan kita tinggalkan yang kita tidak suka. Boleh ka macam tu?

Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana kita dilahirkan oleh orang Islam, jadi kita pun jadilah Islam. Adakah Islam kita hanya sebagai agama yang diwarisi dari ayah ibu kita. Atau ajaran yang dipertontonkan untuk kita ikuti oleh masyarakat sekeliling kita yang majoritinya orang Islam. Atau hasil penyerapan oleh ibu bapa kita yang menyuruh kita melakukan atau menunaikan solat 5 waktu, berpuasa, dan lain-lain sejak dari kecil.

Mana intipati pengabdian diri kepada Ilahi seperti bersolat dan berpuasa jika kita hanya mengikut seperti lalang tanpa meletakkan kepercayaan kepada Allah. Sia-sialah ibadat solat, pergerakan semasa solat dibuat kerana ikutan budaya orang lain pun melakukan itu, ini. Selami diri, pahatkan dalam diri. Allah menyuruh dan melarang kerana Allah mahu berikan kepada kita ganjaran yang kekal abadi yang tak terfikir akan nikmatnya di dunia ini. Makan rasa sedap, tapi sedap tu masa makan ja, habis makan, habis la rasa sedap tu. Dunia semua bersifa sementara, betulkan, semua orang tahu.

Jadi bermula saat ini, didiklah diri untuk mempelajari dari orang alim tentang dunia ini, jadikan kehidupan di dunia sebagai suatu ibadat dengan meletakkan segalanya kerana Allah, Allah yang lebih mengetahui dari yang tahu.

Wallahualam..

Monday, August 01, 2011

Jeng, Jeng, Jeng !




Selamat tiba, dan selamat beramal untuk diri masing-masing, ingat, ikhlas semata-mata kerana yang Esa bukan kerana faktor penarik dari masyarakat yang semua melakukannya, jadi, ikut sajalah, dapat jimat duit poket sebab tidak berbelanja di siang hari, selain dapat menguruskan badan kerana kurang makan katanya lagipun dapat pahala kata ustad yang mengajar disekolah fardhu ain masih terngiang memberi alasan berpuasa untuk melengkapkan pertanyaan di dalam diri, "kenapa aku berpuasa?".

Semoga Ramadhan kali ini memberi kita suatu kefahaman yang lebih baik dalam menelusuri perjalanan sebagai sebagai seorang mu'min sejati yang mengamalkan Islam secara keseluruhan bukan mengasingkan kepada partition-partition tertentu yang mudah kepada diri sendiri untuk laksanakan.

Hari Ini Lebih Baik dari Semalam,

Thursday, July 14, 2011

ALT

Saya tahu, kita tahu, semua tahu, kerajaan pengecut pimpinan Najib yang takut terkapai dibuang rakyat yang mahukan pemanduan negara dalam keadaan bersih dan lancar, bukannya lancar dalam paradigma Najib sendiri dan pimpinan yang rata-rata masyarakat bandar, desa maklum media arus perdana terlalu berat sebelah menjadikan pimpinan BN sebagai malaikat yang anti-kesalahan. Tapi almaklumlah, dunia sudah maju Najib, Malaysia pun sudah tengok komputer, maklumat bukannya didapati dari TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8, TV9, Astro, Berita Harian, Utusan, Metro SAHAJA tunai, saluran banyak. Manusia Malaysia boleh berfikir, menilai, tapi bukan itu sahaja, manusia juga mempunyai suara yang pendapatnya, perlu dinilai dan dikaji bukannya dikeji kerana fahaman yang berbeza. Nak suruh insaf, dah lebih 40 tahun. Orang kata, kalau nak berubah, mesti sebelum 40 tahun, kalau dah lajak tu, dah susah, aku doakan kamu, Najib diberi hidayah sebelum nafas berakhir di sini, semua manusia memerlukan hidayah. Pucuk pangkal, kita datang dari Allah, kita kembali kepada Allah, kita dokong agama Allah, kita ikut perintah Allah, kita ikut panduan Allah. Sekarang kita tidak ada Nabi lagi, tapi pewaris Nabi adalah ulama'. Dunia sekarang kita semua tak nampak lagi apa yang bakal kita tempuh dengan kelakuan kita di dunia ini, mengandaikan Allah memberi kesempatan untuk bertaubat pada beberapa ketika sebelum menghembus nafas terakhir. Allah Maha Adil, rakyat yang bersuara dikatakan membuat huru-hara diperlakukan seperti pesalah berat dengan bantuan Polis yang menjaga negara atas arahan pemimpin negara, DENGAN pemimpin yang menentukan dasar negara. Siapa yang layak? Rakyat salah lagi? Nak dibiarkan kamu mengejar impian tinggi menggunung, takut daki, lompat, takut lompat, terbang. Jatuh tempat tinggi sakit oo. Apa salah rakyat berbaju kuning nak berhimpun di ibu kota? Kesalahan menghasut? Kesalahan menyebabkan peniaga rugi berjuta-juta? Kesalahan menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana polis membuat sekatan? Kesalahan kerana tidak menyokong dasar? Kesalahan kerana bersuara? Kesalahan kerana duduk dibelakang pimpinan yang menjadi musuh politik? Kesalahan kerana tidak jadi bodoh mengiakan sahaja maklumat yang diterima dari TV? Kesalahan kerana mengandaikan pimpinan kamu tidak baik dari pimpinan yang kami pilih? Kesalahan kerana kami di negara Islam yang Isteri pemimpin negara Islam kami tidak menutup aurat? Kesalahan kerana kami tidak mendambakan kamu sebagai ulama'? Kesalahan kerana kami tidak bersetuju dengan Suruhanjaya yang tidak berdiri dibawah kaki sendiri? Jika itu semua salah, Malaikat pun kalah dengan kamu.

Monday, June 06, 2011

Pendapat adalah betul dari sudut penilaian kendiri

Jangan suka melabel manusia mahupun individu dengan menilai suatu pendapat atau pandangan yang berbeza dengan pandangan pemikiran kita. Perbezaan pendapat merupakan suatu lumrah dalam kehidupan. Ilmu, pengalaman, cara hidup adalah antara faktor yang mempengaruhi suatu buah pandangan atau idea diwujudkan. Adakah ilmu yang ada pada kita sama seperti orang lain, amnya, ataupun jika sama pun, adakah cara pentaksiran sesuatu ilmu itu sama, ilmu kemanusiaan. Perbezaan pendapat memberi banyak manfaat kepada kita jika kita menilai suatu pandangan lain dengan lebih teliti, contohnya ia akan membawa kepada pengembangan pemikiran tentang sesuatu idea atau pendapat yang tidak terfikir oleh kita tetapi terpikir oleh orang lain. Tak bagus lagi begitu? Mungkin dia ada sandaran kepada sesuatu yang mewujudkan buah idea begitu, sepertimana juga kita yang juga mempunyai buah pandangan, yang lahir dari pemikiran kita bersandarkan kepada ilmu, pengalaman dan cara hidup kita. Kita mahu dunia mengikut pendapat kita, tetapi, adakah kita mahu mengikut idea dunia. Pencipta dunia telah menggariskan beberapa cara yang termaktub dalam Quran dan Sunnah untuk diikuti yang barangsiapa yang berpegang keduanya pasti tidak akan tersesat. Tapi nak jugak orang atas tu ikut idea humanisme dan mencipta Islamisme. Islam bukan lahir dari pemikiran manusia yang mencipta pelbagai idealogi seperti komunisme, animisme, sekularisme, pluralisme, dan macam-macam isme lagi. Percaya atau tidak, pada pandangan saya, kita telah mendokong dan menyokong dan mengundi humanisme yang membelakangkan cara, adab, panduan, motivasi, toleransi, dsb seperti yang telah digaris panduankan oleh pencipta manusia, jin, binatang, orang Islam, orang kafir, Allah swt.

8 fatwa penting-Gangguan makhluk halus

Imam Ahmad Ibn Taimiyyah

1. Menolong orang yang dizalimi.
2. Fardhu kifayah, jika ada upaya dan kesediaan diri.
3. Amalan yang afdhal dalam Islam, amalan anbia, solihin-mengusir iblis dan syaitan
4. Penggunaan tangkal - wajib dijauhi.
5. Melibatkan unsur syirik - berdoa kepada jin - haram
6. Barangsiapa yang menggunakan kaedah yang disyariatkan - jin tidak akan ganggu
7. Harus - memukul tempat tertentu - menyingkir dan menghalau jin
8. Tidak harus - memakai azimat dengan tujuan memelihara diri.

Petikan isi penting dari darusyifa cawangan perak - blogspot

28 Februari 2011

28 Februari 2011
3:52:24 P.M.

adalah satu detik masa yang tidak akan kembali. Tidak akan ada lagi detik yang sama. Betullah dalam kalam 'wal-asr'. Setiap detik yang dilalui tidak dihayati betapa detik masa titik waktu itu hanya sekali sepantas kerdipan mata. Kita hanya leka diwaktu merasakan masa masih ada. Ingatlah peminjam diri, tidak akan ada lagi sesaat yang lepas sesudah nokhtah ini...

Persiapkan detik yang akan tiba kelak dengan niat untuk merubah kepada perubahan yang lebih baik. Hari ini, lebih baik dari semalam. Jangan biarkan nikmat masa yang kita ada sekarang kosong dengan aktiviti tiada kesan terhadap timbangan syurga dan rugi dengan keseronokan dunia yang dipacu nafsu yang tak pernah puas dengan dunia.

Apakah masa? Apa itu masa? Di mana masa?
Masa adalah suatu makhluk, entiti, perkara, yang jelas kewujudannya. Maha suci Allah yang Maha Besar.

Adakah saya, aku, awak pengguna masa yang bijak?

Sunday, April 03, 2011

Gila ka pa?

pada suatu hari yang agak panas di sini di kedai mamak yang pada altitud normal paras laut yang bergaram kuantiti orang di sini dalam lingkungan 50 orang satu-satu masa tetapi masing-masing menunjukkan ketiadaa perasaan yang bercampur gaul dengan entiti asing yang pada tanggapan paranormal menjerumuskan kepada kuasa asing amerika yang pada mulanya mempuakakan si gadis yang misteri yelepas menundukkan muka yang jernih kepada si seseorang yang bergelar encik dalam pergelutan yang tak sudah-sudah berlaku dalam alam dunia sementara katanya, dia tahu dunia sementara, tapi selalu dia buat tak tahu saja mengapakah terjadinya begitu kepada si beliau yang pada asas dan dasarnya mengetahui perjalanan dunia yang satu lagi, tetapi selalu jadi begini, kenapa kuat sangat dan tak sangat aku ini, siapa yang boleh tahu perkara ini ya orang yang berada di sekeliling sambil membuat pekerjaan masing-masing yang pada mereka tiada siapa patut peduli kepada sesiapa kenapa begini selaku sedikit untuk pertunjukkan diri yang bernilai untuk diperhatikan oleh sesiapa di hadapan yang sedang bergudang garam berbara sambil membuang asap di rongga hidung menunjukkan kemachoan pengguna yang katanya menunjukkan kekuatan jantung yang boleh bertahan dengan sedutan yang dikatakan membawa padah kepada diri sendiri dan orang di sekitar mereka tapi kenapa jadi begini kalau bukan salah yang berkuasa melepaskan dari pada mula bukan sekarang yang telah lama berakar umbi dalam jati diri yang pada usia remaja dikatakan macho jika dilihat berada di celah jari walhal habis duit syiling dikutip di tepi jalan dan di bawah karpet di rumah yang ditercicirkan oleh ahli rumah sendiri akibat terlalu banyak di poket duit syiling ibu bapa yang tak berapa kisah sangat jika duit syiling-syiling yang jatuh dari saku mereka lagi habis juga duit syiling yang diletak dalam laci kereta baki duit tol tambah-tambah di kuala lumpur dan kawasan sekitar yang sangat banyak tol yang dilintasi untuk ke destinasi tertentu yang menghubungkan satu bandar dengan bandar yang lain gila ka pa jadi begini duduk saja menghadap netbook 10 inchi sambil tunggu dan menunggu terjadinya satu perkara yang meningkatkan keinginan untuk diri sendiri melampiaskan dengan kekeringan yang nyata daripada kemampuan yang luar biasa siapa kata kalau bukan diri sendiri yang berkata hal yang sedemikian berpunca daripada kehidupan lepas yang tidak bersandarkan dengan pedoman yang hak dan hakiki yang sepatutnya diaplikasi dari dahulu lagi yang mengandaikan masa masih banyak dan perlu aktiviti dan program untuk mengisi masa dan meyakinkan diri sendiri tidak akan pergi dalam masa terdekat ini dan mengandaikan adalah antara yang terbaik dalam kalangan 101 orang yang meniti titi selepas berada di padang kelak berjayanya sang syaitan mempengaruhi berperasaan demikian untuk tidak bersungguh-sungguh lagi dalam dunia untuk mendapat kesenangan di sana yang tahu kekal abadi tapi masih beranggapan yang ke 101 bukan sekali kali sepatutnya tahu pun tidak keadaanya semasa ditarik keluar mana tahu ada hasutan yang tak berjaya ditempis keluar menggunakan akidah yang lemah seperti selalu ini tetapi masih mencari katanya dengan lidah untuk mengaburi penglihatan bahagian hati yang dalam tanpa ada asas dari guru katanya mengikut percaturan yang di tetapkan oleh jalan yang lurus tetapi tidak pula jika difikirkan sedalam-dalamnya perkara yang tersebut tetapi tidak pula kepada jalan yang di katakan tersebut yang yang yang pada yang si wali band sahaja yang ber'yang' tidak terselerak pun kain yang berwarna batik ungu itu tetapi hitam putih berpendek hitam berjalur putih tak mengapa pula dalam lingkungan 40-an perkara biasa bagi di sini tetapi jika balik kampung beratur budak budak di kedai tomyam ala thai duduk bersimpang siur di sana di sini tak terbiasa kejadian yang hal sedemikian yang memungkinkan memacu segala yang termampu dilakukan oleh rajuna perkara dan hal yang tersebut dalam kitab male is the man.

Wednesday, March 09, 2011

Kopi o Ais

Telah termaktup dalam perlembagaan sebagai seorang manusia secara natijah atau sifat semulajadi manusia yang terdiri dari dua golongan iaitu lelaki, perempuan, tidak lelaki seseorang itu, maka, perempuan lah beliau. Berlainan dari pelbagai segi dan alatan, tak dapat dinafikan. Namun kaedah moden yang dilahirkan dalam zaman ini berupaya mengubah, menukar, menghilangkan, mewujudkan ciri-ciri kemanusiaan yang tidak secara semula jadi ini. Tapi kenapa? Kenapa nak jadi lelaki bagi perempuan? Kenapa nak jadi perempuan bagi lelaki? Selalunya kita tengok nyah-nyah ni, bukan main smart lagi kalau laki asli puak-puak ini. Fake is always be fake.

Sebelum tercabut nyawa, taubatlah, kembali kepada fitrah kejadian. Memang cakap senang, tapi, yang dikejar tak dapat, yang dikendong, keciciran pulak nanti, apa anda mahukan di dunia ini?

Sunday, March 06, 2011

Sakit kah? Sihat kah?

Sakit merupakan syarat-syarat wajib seorang manusia yang hidup di muka bumi alam semester ini. Mengikut kefahaman yang jika difikir sedalamnya, jika tiada sakit, maka tiada jugalah istilah 'sihat'. Sihat membawa maksud tidak sakit, ertinya di sini, tidak akan ada sihat jika sakit itu sendiri tidak wujud. Begitulah antara pasangan yang diciptakan Maha Pencipta, Allah.

Malam dan siang, lelaki dan perempuan, jantan dan betina, sedih dan gembira, dan banyak lagi. Muslimin yang mengakui Keesaan Allah perlu, wajib percaya bahawa semua yang berlaku adalah ketentuan Allah swt yang padanya terdapat hikmah yang kita sendiri tidak mengetahuinya, seperti sakit, sedih, miskin dan sebagainya, yang pada pandangan keduniaan, 'tak seronok'. Tapi percayalah, apabila sakit, kita akan lebih dekat dengan Allah. Contohnya, sakit belakang, bila nak bangun dari duduk ketika sedaya upaya mengerah tenaga untuk menstabilkan tulang belakang, "Allah". Masa sihat bukanlah tidak ingat langsung, tapi jelas ketara, apabila sakit, lebih banyak. Kan bagus begitu, cuba kita terapkan samada sihat atau pun sakit, istiqamah dalam mengingatiNya, dapat pahala, semua sedia maklum.

Sakit merupakan kesilapan pengurusan diri kebanyakkannya secara tidak sedar, dari pandangan lain pula, sakit merupakan kafarah penebusan dosa, ujian kesabaran, dan ujian mencari ikhtiar kesembuhan iaitu samada dengan cara yang betul mahupun sebaliknya yang membelakangkan kesembuhan suatu penyakit dari Allah. Ingatlah wahai peminjam badan, Allah lah yang memberi kesakitan dengan hikmah yang kita tidak lihat, Allah jua lah yang memberi kesembuhan. Sakit kepala, makan panadol. Panadol itu sendiri bukan sebagai kuasa penyembuh, ia hanyalah suatu mekanisme bersifat fizikal. Apalah kiranya kita membaca al-fatihah, selawat dan berdoa sebelum menelan atau menggunakan suatu ubat selain solat hajat, dapat pahala, meningkatkan keimanan dan akidah. Pasti tak habis air liur membaca beberapa kerat perkataan mulia. Kesembuhan itu urusan Allah, ikhtiar kita, membeli ubat, berdoa dan bertawakal kepadanya Tuhan sekalian alam. Jika sembuh, sembuhlah ia, jika tidak, mohon lagi. Kalau kita nak buat sesuatu itu, kalau kena dengan caranya, kita pasti diizinkan Allah, tapi biarlah perkara yang kita lakukan itu tidak salah.

Allah memberi kesembuhan kepada orang yang sakit selepas berjumpa bomoh, selepas memakai tangkal, selepas menjampi serapah, tapi kesan ke atas akidah dan keimanan bagaimana. Kita nak hidup di dunia ini, bukan lama, boleh dikira hari, minggu, bulan dan tahun. Kita tahu kita akan mati juga suatu hari nanti, suatu minit nanti, suatu ketika nanti. Tapi sewajibnya kita sebagai makhluk Allah membawa bekal ke rumah 'barzah' kita, bukan hanya bekal di rumah sini. Bukan susah payah sangat pun nak buat bekal, sambil buat apa-apa aktiviti pun kita boleh bungkus bekal kita tu. Formula senang, jangan melakukan larangan, buat suruhan, sambil-sambil tu buatla amalan soleh yang lain. Sekejap saja, 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun untuk mendapatkan hasil yang sangat lama nanti. Akidah Islam sangat penting untuk kita gilapkan bermula dari institusi kekeluargaan lagi. Sekian teguran kepada diri sendiri, dan kepada sesiapa terbaca. Mudah-mudahan Allah membimbing dan memberikan jalan menuju kepada kebahagiaan dunia akhirat, amin.

Sunday, February 27, 2011

Jawatan kosong, untuk diisi semula oleh semua, Renew yours

Dalam menjelajah dunia yang sangat pendek ini, pengisian yang sewajarnya perlu dilaksanakan. Siapa kita di dunia ini? Anak kepada kedua ibu bapa, betul, pasti, rakyat dalam sesebuah negara, confirm samada berdaftar atau tidak dengan Pendaftaran, pekerja di bawah pekerjaan, ahli jawatankuasa rukun tetangga kawasan perumahan, seorang suami kepada isteri dan isteri kepada seorang suami, seorang majikan kepada pekerja-pekerja, pemimpin kepada rakyat, warden kepada pelajar asrama atau kolej penempatan pelajar, tekong dengan awak-awak, cikgu kepada anak murid, pelajar dengan pensyarah dan sebagainya yang menjadi jawatan kepada diri kita masing-masing. Tapi perlu diingatkan salah satu jawatan yang amat penting dalam memperoleh kebahagiaan dunia yang semestinya bukan materialistik iaitu JAWATAN sebagai HAMBA ALLAH. Ramai yang sedar tentang tanggungjawab menyandang jawatan tersebut, tetapi ramai juga yang leka dengan jawatan-jawatan lain. Senang saja skop, bidang tugas penjawat jawatan ni, hidup ja dengan baik dengan melaksanakan tugasan dan mengelakkan diri dari melakukan atau melanggar etika sebagai 'pekerja'. Apa etika pekerjaan tersebut? Dari kecil kita belajar, sekolah fardhu ain pun kita belajar. Haaa, kan senang tu.

Gaji, sangat lumayan. RM Insyaallah Bahagia

Saturday, February 12, 2011

Di sana sini situ

Kenapa orang sekarang kahwin lambat?
1. Kahwin, kena pakai banyak duit. Sah-sah dia tak cukup duit.
2. Kerjaya lebih penting sebelum menamatkan zaman bujang.
3. Tak ada jodoh yang dirasakan sesuai, katanya tak serasi.
4. Takut hidup tak senang, sebab lepas kahwin, kena ada rumah, kena ada macam-macam.
5. Tak ada calon, terlebih malu.
6. Kena rijek, lebih kurang macam nombor 3.
7. Ada sejarah hitam, tak percaya lelaki, tak percaya perempuan.
8. Tak bersedia pikul tanggungjawab, mungkin rasa dia tak boleh lagi.
9. Zaman bujang lebih bebas, nak keluar malam, nak melepak.
10.Orang tua ingat anak dia akan susah kalau kahwin, makan tak cukup.
11.Orang tua permintaan melampau-lampau.
12.Pinjaman peribadi tak boleh dibuat, duit tak ada, nak menyimpan, tak boleh.
13.Susah nak cari orang yang betul-betul boleh jadi pasangan. Taste masing-masing.
14.Orang yang diharap tak datang-datang lagi masuk. Janji dah macam-macam.
15.Harta apa pun tak ada, mahu kah orang tua dia terima.
16.Belajar pun tak habis lagi.
17.Muda lagi la, tak boleh kawin lagi.
18.Pasangan hendak mengejar target, diletaknya 5 tahun lagi.

Nak bercinta pandai, nak menghalalkan, macam-macam.

Sunday, February 06, 2011

Islam Have Anything

Dont talk about something if you do know nothing. Do you ever heard about 'dont judge the books by the cover'. It same to this religion, Islam. Its mean, dont you judge the Islam by give the meaning on what muslim done, but you have to learn Islam by Islam throughly. People, "insan" always cannot avoid from done anything wrong. Judge the Islam with no prejudisme. We all have been create with ability to think.

Wednesday, February 02, 2011

Dimana bumi dipijak di situ Allah disujud.


Pemahaman masyarakat terhadap konsep pembelajaran yang telah dicanang dengan intipati barat sangat memburukkan atmosfera generasi akan datang. Mana tidaknya, subjek agama berapa piriod sangat? Agama diasimilasikan dengan kehidupan adalah satu budaya mensekularkan orang kita daripada mengadaptasi kehidupan dengan agama. Agama itu kan cara hidup. Ca...ra hi......dup. Pembaca yang terbaca, saya mengingatkan diri saya, diri anda, gabungkan kehidupan seharian dengan agama. Agama bukan sekadar tutup aurat, solat, puasa, menikah, sembahyang jenazah, kerasukan, dan kopiah. Agama adalah segalanya.

Sunday, January 30, 2011

Air yang tenang jangan ada buaya

Bagaimana lah agaknya kalau orang tu nak ambil tuntutan syariat, sunnah, nak mencukupkan agama, nak menghalalkan dan nak meramaikan orang Islam tapi terbantut hasil pekerjaan idea bijak orang-orang dahulukala yang mencipta pendekatan dan kaedah dan metodologi perkara yang sepatutnya dilaksanakan sebelum diijab-kabul. Dari merisik, bertunang, bernikah, semuanya ada diselitkan dengan budaya karut yang jelas menyusahkan dan menyumbang zina. Mana taknya, masuk hotel bukan main senang, tak sampai 100 pun boleh. Nak kawen, mesti orang tua tanya kononnya nak memastikan anak dia cukup makan, senang, dsb. Bukan sebab tu mak abah umi abi mami daddy bapak ibu, duit banyak manapun tetap rasa tak cukup. Kita sepatutnya dah terlebih pikir bahawa kehidupan kita bukan berkisar atau berkenaan dengan kehidupan kita seorang sahaja, malah ia menyumbang kepada kehidupan sekeliling dan kehidupan akan datang. Bayangkanlah bagaimana generasi akan datang nak mengharungi semua ni. Nak merisik, kena ada cincin, nak bertunang, kena ada cincin, nak menikah kena ada cincin, tak kira hantaran lagi tu. Nak buat kenduri gah-gah nak beritahu anak kahwin ka, nak beritahu aku pun ada duit buat kenduri macam orang...?Gila..Punya Orang...Last-last duit hantaran rupanya cover dia buat kenduri. Kalau nak buat kenduri, kira la duit poket sendiri oi, cukup dak? Anak kita tu nak berumah tangga, dia nak beli rumah, sewa rumah, nak ada kehidupan. Takkan sebab perkara tu jadi kat korang masa muda dulu, korang nak mewarisikan kat kami pulak. Rujuk syariat balik macam mana. Tak dak akal ka. Hidup ni persinggahan, semua orang tahu, hidup ni banyak ujian, semua orang tahu, hidup ni sekali, semua orang tahu.. Dah tu tahu, tak kan nak cakap kahwin ni kan sekali, kena buat meriah-meriah. Kawen dapat pahala, membazir dapat apa? Kan dah tolak bonus pahala kawen. Tak kira pihak laki yang terpaksa sanggup buat loan peribadi yang secara langsung melibatkan diri dalam riba pulak. Dah tak cukup duit nak kawen, nak buat macam mana, kebetulan institusi kewangan boleh bagi pinjam duit. Pandai orang-orang tua ni kan. Bukan orang sini,orang tempat lain.

Saturday, January 29, 2011

Di sana menunggu, di sini menggunung

Buruk punya perangai orang dulu-dulu mewariskan adat budaya yang berteraskan budaya asing yang telah lama kita dibersihkan iaitu sejak zaman perkembangan Islam di tanah melayu lama dahulu. Walau telah lama, adat budaya yang konon melambangkan kecantikan budaya orang melayu yang menyusahkan dan membebankan ikutan budaya kuno hasil penerapan cara hidup Hinduisme yang telah lama bersarang dalam kalangan nenek moyang kita kerana jika dibuka balik lembaran sejarah, kepercayaan tersebut yang mula bertapak di sini. Walaupun begitu, nak kata tak sedar, tahu pulak yang ini budaya luar, tapi, ikut jugak. Menyusahkan orang betul dan pada masa sama menyumbang bebanan kerumitan penghalalan dan membanyakkan zina. Sedarlah sikit orang tua, 1+1=2. Maksudnya di sini buang ajaran karut adik beradik nenek moyang kamu yang menyusahkan generasi kami. Kami tak perlukan pun panduan kamu yang tak betul dan jumut tu dalam sesetengah hal dunia sebab kami tahu panduan yang betul adalah dari quran dan sunnah. Nak kata orang tua banyak pengalaman dunia, tu memang tak dapat dinafikan, tapi semua kejadian yang berlaku atas diri kamu tu betul ka nak dijadikan panduan kepada generasi lain, kadang-kadang sesuai, kadang-kadang dan jarang-jarang tak sesuai langsung. Kita ni bukan orang yang berhikmah. Sedar diri sikit

Saturday, January 22, 2011

langsung

pada suatu hari yang malam jumaat, ada seekor kumbang sedang berjalan kaki menuju ke pengkalan hulu sambil melintas sebuah gunung yang terdapat di atas puncak kedai serbaneka beroperasi 24 jam iaitu 7e yang pada masa itu terdapat seekor beruang muda sedang membeli madu sambil meminum madu yang dicampur dengan tonkat ali dan kacip fatimah yang didapati dari sebuah hutan di daerah hulu langat, dusun tua sangat tetapi kumbang berjalan terus tak menghirau apa pun yang berlaku di sekitar keretapi tanah melayu yang kelihatan sayup jauh di bawah kesunyian hutan yang kadangkala di alunkan dengan cengkerik dan unggas hutan yang bersahutan sesama mereka mungkin sedang berkomunikasi menggunakan bahasa mereka,lalu kumbang bertukar menjadi harimau pula dan berjalan dengan langkah laju gaya berlari dengan ekor kekadang menyentuh pemukaan tanah dan kekadang terhayun ke atas menunjuk langit yang terbentang luas menghamparkan langit dan awan y tergantung di antara bumi yang bergraviti dan langit y bertanda tanya ketergantungannya, terdengar si harimau bunyi derap kaki halus lalu berhentilah ia untuk itu entah santapan untuk ia malam ini yang cerah disuluhi bulan penuh pertengahan bulaan hijrah ternampaknya kambing gurun yang bertatahkan rambut gaya sikat belakang yang lurus tanduknya yang kekadang dijadikan senjata pertahanan diri untuk melindungi dan mempertahankan kawasan antara sesama jenis.