بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, March 09, 2011

Kopi o Ais

Telah termaktup dalam perlembagaan sebagai seorang manusia secara natijah atau sifat semulajadi manusia yang terdiri dari dua golongan iaitu lelaki, perempuan, tidak lelaki seseorang itu, maka, perempuan lah beliau. Berlainan dari pelbagai segi dan alatan, tak dapat dinafikan. Namun kaedah moden yang dilahirkan dalam zaman ini berupaya mengubah, menukar, menghilangkan, mewujudkan ciri-ciri kemanusiaan yang tidak secara semula jadi ini. Tapi kenapa? Kenapa nak jadi lelaki bagi perempuan? Kenapa nak jadi perempuan bagi lelaki? Selalunya kita tengok nyah-nyah ni, bukan main smart lagi kalau laki asli puak-puak ini. Fake is always be fake.

Sebelum tercabut nyawa, taubatlah, kembali kepada fitrah kejadian. Memang cakap senang, tapi, yang dikejar tak dapat, yang dikendong, keciciran pulak nanti, apa anda mahukan di dunia ini?

Sunday, March 06, 2011

Sakit kah? Sihat kah?

Sakit merupakan syarat-syarat wajib seorang manusia yang hidup di muka bumi alam semester ini. Mengikut kefahaman yang jika difikir sedalamnya, jika tiada sakit, maka tiada jugalah istilah 'sihat'. Sihat membawa maksud tidak sakit, ertinya di sini, tidak akan ada sihat jika sakit itu sendiri tidak wujud. Begitulah antara pasangan yang diciptakan Maha Pencipta, Allah.

Malam dan siang, lelaki dan perempuan, jantan dan betina, sedih dan gembira, dan banyak lagi. Muslimin yang mengakui Keesaan Allah perlu, wajib percaya bahawa semua yang berlaku adalah ketentuan Allah swt yang padanya terdapat hikmah yang kita sendiri tidak mengetahuinya, seperti sakit, sedih, miskin dan sebagainya, yang pada pandangan keduniaan, 'tak seronok'. Tapi percayalah, apabila sakit, kita akan lebih dekat dengan Allah. Contohnya, sakit belakang, bila nak bangun dari duduk ketika sedaya upaya mengerah tenaga untuk menstabilkan tulang belakang, "Allah". Masa sihat bukanlah tidak ingat langsung, tapi jelas ketara, apabila sakit, lebih banyak. Kan bagus begitu, cuba kita terapkan samada sihat atau pun sakit, istiqamah dalam mengingatiNya, dapat pahala, semua sedia maklum.

Sakit merupakan kesilapan pengurusan diri kebanyakkannya secara tidak sedar, dari pandangan lain pula, sakit merupakan kafarah penebusan dosa, ujian kesabaran, dan ujian mencari ikhtiar kesembuhan iaitu samada dengan cara yang betul mahupun sebaliknya yang membelakangkan kesembuhan suatu penyakit dari Allah. Ingatlah wahai peminjam badan, Allah lah yang memberi kesakitan dengan hikmah yang kita tidak lihat, Allah jua lah yang memberi kesembuhan. Sakit kepala, makan panadol. Panadol itu sendiri bukan sebagai kuasa penyembuh, ia hanyalah suatu mekanisme bersifat fizikal. Apalah kiranya kita membaca al-fatihah, selawat dan berdoa sebelum menelan atau menggunakan suatu ubat selain solat hajat, dapat pahala, meningkatkan keimanan dan akidah. Pasti tak habis air liur membaca beberapa kerat perkataan mulia. Kesembuhan itu urusan Allah, ikhtiar kita, membeli ubat, berdoa dan bertawakal kepadanya Tuhan sekalian alam. Jika sembuh, sembuhlah ia, jika tidak, mohon lagi. Kalau kita nak buat sesuatu itu, kalau kena dengan caranya, kita pasti diizinkan Allah, tapi biarlah perkara yang kita lakukan itu tidak salah.

Allah memberi kesembuhan kepada orang yang sakit selepas berjumpa bomoh, selepas memakai tangkal, selepas menjampi serapah, tapi kesan ke atas akidah dan keimanan bagaimana. Kita nak hidup di dunia ini, bukan lama, boleh dikira hari, minggu, bulan dan tahun. Kita tahu kita akan mati juga suatu hari nanti, suatu minit nanti, suatu ketika nanti. Tapi sewajibnya kita sebagai makhluk Allah membawa bekal ke rumah 'barzah' kita, bukan hanya bekal di rumah sini. Bukan susah payah sangat pun nak buat bekal, sambil buat apa-apa aktiviti pun kita boleh bungkus bekal kita tu. Formula senang, jangan melakukan larangan, buat suruhan, sambil-sambil tu buatla amalan soleh yang lain. Sekejap saja, 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun untuk mendapatkan hasil yang sangat lama nanti. Akidah Islam sangat penting untuk kita gilapkan bermula dari institusi kekeluargaan lagi. Sekian teguran kepada diri sendiri, dan kepada sesiapa terbaca. Mudah-mudahan Allah membimbing dan memberikan jalan menuju kepada kebahagiaan dunia akhirat, amin.