بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friday, May 11, 2012

Wanita Dan Penjagaan

Wanita telah dijadikan sebagai suatu kuasa yang telah disalahguna dalam masyarakat maklumat kini atas dasar mengalahkan nafsu, meningkatkan kuantiti pemasaran. Contoh yang dapat kita lihat banyak pada hari ini, iaitu pada zaman masyarakat maklumat, ikon wanita pada satu-satu jenama dilihat dapat memberi impak kepada pemasaran satu-satu barangan. Walaupun masyarakat pada masa ini sedar, mudah mendapat maklumat berkenaan sesuatu, tetapi adakah mereka sedar kita telah disuntik racun berbisa yang menjatuhkan maruah wanita yang bukan katanya wanita yang lain mencari rezeki dalam bidang peragaan tubuh ataupun menjual pandangan tubuh kepada orang ramai. Berapa harga bentuk tubuh anda? RM 200 000 + dosa sendiri + dosa orang melihat + dosa orang yang gagal mengawal syahawat + dosa mak pak yang tak tegur tapi mengandaikan rezeki dari Allah. Bukan rezeki tu, itu orang panggil, disesatkan lagi dengan dunia. Mari orang yang berjuang dalam Islam, ubah diri dan ahli sendiri sebelum mengubah orang lain dalam pendekatan mengajar melalui teladan, bukan mengajar melalui makian.

No comments: