Assalamualaikom wbt, alhamdlillah, dengan izin Allah, dengan takdir Allah, kamu ditetapkan untuk membaca di dalam laman ini. Semoga dengan pembacaan ini dapat kita bersama-sama menilai diri kita semua, adakah kita berfungsi sebagai mana yang sepatutnya kita berfungsi iaitu sebagai 'hamba Allah'.
Kita semua telah meletakkan cita-cita dan harapan juga impian untuk memperoleh sesuatu dan mengharapkan Allah mengabulkan impian kita itu. Tetapi adakah kita sebagai hamba Allah ini melakukan apa yang disuruh oleh pencipta kita dan pencipta seluruh alam ini iaitu Allah? Diibaratkan seperti seorang bapa yang mahukan anaknya mencapai markah yang tinggi, tetapi tak dapat, mahukah bapa itu memberikan apa yang anak nya itu minta? Kadang-kadang boleh beri. Selalu tak bagi la.
Kita ini selalu mengasingkan kehidupan dunia dengan kehidupan beragama tanpa kita sedar ia adalah salah. Kita difardhukan untuk menutup aurat bukan semata-mata di tempat-tempat tertentu atau majlis tertentu. Agama kita hanya di masjid surau, akad nikah, kematian dan ceramah. Kita ambil agama ni yang kita suka dan kita tinggalkan yang kita tidak suka. Boleh ka macam tu?
Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana kita dilahirkan oleh orang Islam, jadi kita pun jadilah Islam. Adakah Islam kita hanya sebagai agama yang diwarisi dari ayah ibu kita. Atau ajaran yang dipertontonkan untuk kita ikuti oleh masyarakat sekeliling kita yang majoritinya orang Islam. Atau hasil penyerapan oleh ibu bapa kita yang menyuruh kita melakukan atau menunaikan solat 5 waktu, berpuasa, dan lain-lain sejak dari kecil.
Mana intipati pengabdian diri kepada Ilahi seperti bersolat dan berpuasa jika kita hanya mengikut seperti lalang tanpa meletakkan kepercayaan kepada Allah. Sia-sialah ibadat solat, pergerakan semasa solat dibuat kerana ikutan budaya orang lain pun melakukan itu, ini. Selami diri, pahatkan dalam diri. Allah menyuruh dan melarang kerana Allah mahu berikan kepada kita ganjaran yang kekal abadi yang tak terfikir akan nikmatnya di dunia ini. Makan rasa sedap, tapi sedap tu masa makan ja, habis makan, habis la rasa sedap tu. Dunia semua bersifa sementara, betulkan, semua orang tahu.
Jadi bermula saat ini, didiklah diri untuk mempelajari dari orang alim tentang dunia ini, jadikan kehidupan di dunia sebagai suatu ibadat dengan meletakkan segalanya kerana Allah, Allah yang lebih mengetahui dari yang tahu.
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment