بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, June 30, 2010

Baru dapat, ada Dalil Naqli

Allah tidak suka orang alim yang gemuk.

Maksudnya, kita kena jaga makan la...Sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk air, sepertiga untuk udara.

Yeah!!!

Jajahan Minda, Change how you create your life


Berpaksikan kepada prinsip hidup dan asas-asas Islam dan sentiasa merenung kembali hal-hal atau perkara yang berlaku di dalam sedar atau tidak segala pelakuan dan perbuatan samada kecil atau besar, Insyaallah menjadikan kita sebagai seorang insan yang sentiasa pada tali Allah Yang Maha Betul dan Maha Besar. Segala pujian bagi Allah dan juga Rasul-Nya Muhammad saw, Nabi akhir zaman, yang pada saat Kewafatan baginda pun masih ingatkan umat-umatnya iaitu kita pada masa ini umumnya pada masa ketika baginda dilantik menjadi Rasul. Ummati, Ummati, Ummati. Marilah kita sama-sama merenung kembali jalan hidup yang telah kita ambil dan tempuhi adakah benar-benar memenuhi segala keperluan untuk melayakkan kita masuk ke Syurga Allah yang tidak terfikir oleh akal kita manusia yang terbatas tentang kebahagiaan di sana, Subhanallah.

Seperti kita pada zaman ini, menanyakan belajar dalam bidang apa, apa peluang pekerjaan yang ada, sejauhmanakah bidang yang kita ambil diperlukan dalam dunia manusia untuk diupah atau digaji. Semua berkenaan keduniaan. Bukan kita menolak dunia, kerana kita pun menikmati apa yang dunia bekalkan pada masa ini, tapi, tidak dapat tidak, kita akan mati suatu hari nanti. Mati itu pasti, hidup, Insyaallah. Seperti dalam karya Ramlee Awang Mursyid, novelis triller Malaysia. Mari sama-sama kita mengejar akhirat melebihi kita mengejar dunia. Kita juga insan biasa, bukan sesiapa yang hebat, yang hebat, sudah pasti Yang Maha Pencipta, Allah. Marilah sama-sama kita menuju kepada Allah dengan meninggalkan larangan dan melaksanakan perintahNya. Kita nak dapat di dunia yang lebih kurang 70 tahun kalau dari lahir(lebih kurang), dan di akhirat, yang lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat.

Jom Kita Insafi Diri..

Change Your Mind,

Friday, June 04, 2010

Persiapan Maaut


Kepentingan perlindungan diri am pada masa ini dilihat sebagai suatu perkara yang penting yang menyelusuri perjalanan seorang manusia yang mempunyai susur galur keturunan, waris dan sebagainya yang berkaitan dengan seseorang individu khususnya. Bukannya apa, rata-rata kita di sini, di Malaysia khasnya telah dididik untuk berkenalan dengan sistem pinjam-meminjam sejak dari usia di awal pemuda-pemudi lagi. Jadi pendek kata, semua orang mesti tidak dapat lari dari meminjam dari institusi kewangan samada untuk pembiayaan kereta, rumah dan sebagainya. Persiapkan diri anda dengan kematian anda yang pada bila-bila masa sahaja akan datang menjemput anda. Bukan meminta tetapi telah ditetapkan yang "mati itu pasti, hidup Insyaallah". Berdasarkan kepada kehidupan kita yang kita harap betul menuju kepada Allah dan tidak meninggalkan dunia dalam keadaan berhutang, memberi hak serba sedikit kepada waris tinggalan, dan sebagainya yang memberi kelebihan kepada waris anda samada untuk menjelaskan hutang anda ataupun sebagainya yang melibatkan penggunaan kos. Takaful yang berlandaskan perkongsian yang dipersetujui bersama kalangan ahli dapat menjamin apa yang anda fikirkan sebentar tadi, "bila mati, hutang aku bagaimana?""keluarga aku bagaimana?". Yang Halal itu baik, yang haram itu sebaliknya, berlandaskan konsep Islam, takaful dapat memberi anda skim simpanan dan juga skim perlindingan am. Yang halal tanpa percampuran produk-produk SYUBHAH lain ditawarkan di Takaful Ikhlas. Sumber yang diyakini halal dan baik. Di dunia ini, kita diberi pelbagai pilihan. Pilihlah barangan yang halal dan baik untuk menentukan kebarakatan penggunaan sebarang wang dari sumber-sumber yang diredhai. Tanpa Syubhah. Insurans Haram di sisi Islam kerana pewaris mendapat pampasan daripada kematian penama semacam berjudi(berjudi dengan kematian). Sumbernya pula tidak diketahui, dari mana duit itu datang jika hendak dibandingkan dengan Takaful yang sumbernya adalah dari perkongsian sesama ahli yang sah halal dalam Syarak.

prinsip hidup vs asas-asas Islam


Dalam menyelusuri perjalanan sebagai seorang mukmin yang berpegang teguh pada landasan dan tali yang telah ditetapkan oleh syariah sebagai panduan kehidupan seorang manusia yang mengakui dirinya sebagai makhluk hebat ciptaan Allah dan mengakui juga Nabi Muhamad saw itu pesuruh Allah, manusia yang betunjangkan nyawa di dalam tubuh yang direka cipta Pencipta yang Maha Bijaksana dari tanah tetapi Allah telah perintahkan supaya Ifrit yang penciptaannya dari api sujud kepada Adam. Kesimpulan di sini kita mahu ketengahkan kepada pembaca bertuah, bukan kerana kenapa, bagaimana, siapa yang menjadi persoalan sesuatu ibadah itu dilakukan, ia adalah berkenaan dengan AKIDAH. Tak perlu menanyakan itu ini jika ia adalah perintah dan suruhan mahupun tegahan dan larangan. Ia adalah berkenaan dengan soal AKIDAH iaitu kepatuhan kita kepada yang Maha Esa. Wallahualam