Bagaimana untuk mulakan sesuatu
Tahu apa yang anda lakukan. Bukan tahu sekadar tahu, tetapi mengetahui perjalanan apa yang anda mahu jalankan, iaitu tahu tentang pusingan roda yang berpusing atas dan bawah, itu lumrah kehidupan. Kajian dan penyelidikan berkenaan bidang perlu dilakukan dan rujukan pihak yang maklum tentang suatu perkara. Tapi ada sesuatu yang baik, iaitu Allah akan lebih dekat dengan kita bila kita menuju kepadaNya.
Bersedia menghadapi risiko. Kebanyakkan orang berjaya adalah orang yang berani mengambil risiko dan seterusnya dapat mengatasi masalah dengan cara yang betul. Bagaimana yang dikatakan 'betul'? Betul adalah mengambil jalan yang sepatutnya diambil selepas diambil kira kesan akibat suatu cara penyelesaian dipilih iaitu dengan meminimumkan kesan dan mengoptimumkan hasil. Semoga Allah menunjukkan kita jalan yang lurus.
Mengetahui akan ada liku yang menyusul. Dunia penuh dengan ujian dan cabaran dari pelbagai cara dan jenis sama ada dari diri sendiri, keluarga, masyarakat dan sebagainya. Kita sebagai manusia yang bergelar muslim perlu yakin bahawa, ujian boleh meningkatkan ketakwaan kita dan boleh juga sebaliknya jika kita tidak bersabar dan bertenang. Ingat, ujian pasti ada, mudah-mudahan Allah memberi ketenangan dan kesabaran dalam usaha kita mendapatkan tiket 'abadi' di sana.
Berilmu dan berdisiplin. Ilmu adalah penyuluh hidup dan berdisiplin membawa kepada kesempurnaan tetapi masih tidak sempurna kerana kita manusia. Mengetahui hukum dalam hal ehwal sesuatu perkara dapat mengelakkan kita dari terjerumus ke dalam kehinaan di sisi Allah. Apalah kira gunanya, hidup di dunia andai tidak diredhai dengan perbuatan kita yang tidak betul. Kerana kita muslim, mengetahui tentang balasan ganjaran yang abadi hasil 'peperiksaan dunia ini'.
Berdoa dan memohon dari Allah. Orang yang sombong adalah yang tidak berdoa kepada Allah. Sombong dan bongkak bukan pakaian manusia kerana setiap apa yang ada di bumi ini adalah milik Allah. Doa menjadikan kita sebagai hamba yang kenal diri bahawa setiap sesuatu adalah urusan Allah, maka jadilah orang yang merendah diri dan hati dengan berdoa. Semoga dengannya, Allah tidak memalingkan dari rahmat kasihNya. Allah lah yang Maha Memberi Rezeki, anak soleh, kawan soleh, ibu bapa soleh, ketenangan, kelapangan dan sebagainya.
Melakukan yang fardhu. Kefardhuan telah ditetapkan oleh pencipta kita kepada setiap hambanya yang kita semua sedia maklum. Solat yang merupakan tiang agama apabila dilakukan kerana tanpanya, amalan lain tidak diangkat. Jadi, jadikanlah agama itu satu dari kehidupan dan bukannya sebahagian dari kehidupan kerana dengan kehidupan beragama, dapat membimbing manusia menuju ke syurga. Bukan seperti beragama pada tempat tertentu atau pada musim tertentu. Semoga kita menjadikan "Islam is the way of life" bukan "Islam is the part of life".
Bertawakal kepada Allah. Ketentuan dari Allah kadangkala tidak seperti yang kita jangkakan samada yang menggembirakan atau sebaliknya. Tetapi yang pasti, ada hikmah yang tersirat disebalik ujian. Semoga Allah meningkatkan iman dan taqwa kita dari takdir yang ditetapkan. Setiap segala sesuatu hasil daripada ketentuan Allah, seperti bagaimana saya terbaca tulisan ini setelah tulisan ini ditulis 10 tahun lepas mengingatkan kembali bahawa, dunia ini tidak seronok jika dibandingkan dengan syurga.
Allah, tuhan yang Maha Besar, Maha Penyayang, Maha Pengasih, masukkan aku ke syurga tanpa singgah ke neraka. Bimbinglah aku dengan takdirMu untuk itu.
No comments:
Post a Comment