بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Monday, June 06, 2011

Pendapat adalah betul dari sudut penilaian kendiri

Jangan suka melabel manusia mahupun individu dengan menilai suatu pendapat atau pandangan yang berbeza dengan pandangan pemikiran kita. Perbezaan pendapat merupakan suatu lumrah dalam kehidupan. Ilmu, pengalaman, cara hidup adalah antara faktor yang mempengaruhi suatu buah pandangan atau idea diwujudkan. Adakah ilmu yang ada pada kita sama seperti orang lain, amnya, ataupun jika sama pun, adakah cara pentaksiran sesuatu ilmu itu sama, ilmu kemanusiaan. Perbezaan pendapat memberi banyak manfaat kepada kita jika kita menilai suatu pandangan lain dengan lebih teliti, contohnya ia akan membawa kepada pengembangan pemikiran tentang sesuatu idea atau pendapat yang tidak terfikir oleh kita tetapi terpikir oleh orang lain. Tak bagus lagi begitu? Mungkin dia ada sandaran kepada sesuatu yang mewujudkan buah idea begitu, sepertimana juga kita yang juga mempunyai buah pandangan, yang lahir dari pemikiran kita bersandarkan kepada ilmu, pengalaman dan cara hidup kita. Kita mahu dunia mengikut pendapat kita, tetapi, adakah kita mahu mengikut idea dunia. Pencipta dunia telah menggariskan beberapa cara yang termaktub dalam Quran dan Sunnah untuk diikuti yang barangsiapa yang berpegang keduanya pasti tidak akan tersesat. Tapi nak jugak orang atas tu ikut idea humanisme dan mencipta Islamisme. Islam bukan lahir dari pemikiran manusia yang mencipta pelbagai idealogi seperti komunisme, animisme, sekularisme, pluralisme, dan macam-macam isme lagi. Percaya atau tidak, pada pandangan saya, kita telah mendokong dan menyokong dan mengundi humanisme yang membelakangkan cara, adab, panduan, motivasi, toleransi, dsb seperti yang telah digaris panduankan oleh pencipta manusia, jin, binatang, orang Islam, orang kafir, Allah swt.

No comments: