بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friday, December 30, 2011

Bekam

Bekam merupakan suatu proses meletakkan tekanan terhadap kulit untuk mengeluarkan sesuatu di sebalik kulit sama ada terdapat angin, toksin, sel mati, darah kotor dan sebagainya. Proses ini pernah dilakukan oleh Rasulullah saw, dan melakukannya membolehkan kita mendapatkan pahala mengamalkan sunnah. Kebaikan dan hikmah melakukan bekam yang merupakan rawatan alternatif tertua ini dapat dibuktikan pada zaman saintifik ini yang membuktikan padanya terdapat 1001 kebaikan dari segi penjagaan kesihatan. Orang yang selalu mengamalkan bekam tahu kebaikan berbekam ini. Bukanlah untuk orang yang tahu sahaja, tetapi untuk semua orang yang berpeluang dan untuk orang yang tahu menghargai tubuh sendiri. http://darulbekam.blogspot.com

Thursday, December 22, 2011

Sudah tahu bertanya Pula!!

Bagaimana untuk mulakan sesuatu

Tahu apa yang anda lakukan. Bukan tahu sekadar tahu, tetapi mengetahui perjalanan apa yang anda mahu jalankan, iaitu tahu tentang pusingan roda yang berpusing atas dan bawah, itu lumrah kehidupan. Kajian dan penyelidikan berkenaan bidang perlu dilakukan dan rujukan pihak yang maklum tentang suatu perkara. Tapi ada sesuatu yang baik, iaitu Allah akan lebih dekat dengan kita bila kita menuju kepadaNya.

Bersedia menghadapi risiko. Kebanyakkan orang berjaya adalah orang yang berani mengambil risiko dan seterusnya dapat mengatasi masalah dengan cara yang betul. Bagaimana yang dikatakan 'betul'? Betul adalah mengambil jalan yang sepatutnya diambil selepas diambil kira kesan akibat suatu cara penyelesaian dipilih iaitu dengan meminimumkan kesan dan mengoptimumkan hasil. Semoga Allah menunjukkan kita jalan yang lurus.

Mengetahui akan ada liku yang menyusul. Dunia penuh dengan ujian dan cabaran dari pelbagai cara dan jenis sama ada dari diri sendiri, keluarga, masyarakat dan sebagainya. Kita sebagai manusia yang bergelar muslim perlu yakin bahawa, ujian boleh meningkatkan ketakwaan kita dan boleh juga sebaliknya jika kita tidak bersabar dan bertenang. Ingat, ujian pasti ada, mudah-mudahan Allah memberi ketenangan dan kesabaran dalam usaha kita mendapatkan tiket 'abadi' di sana.

Berilmu dan berdisiplin. Ilmu adalah penyuluh hidup dan berdisiplin membawa kepada kesempurnaan tetapi masih tidak sempurna kerana kita manusia. Mengetahui hukum dalam hal ehwal sesuatu perkara dapat mengelakkan kita dari terjerumus ke dalam kehinaan di sisi Allah. Apalah kira gunanya, hidup di dunia andai tidak diredhai dengan perbuatan kita yang tidak betul. Kerana kita muslim, mengetahui tentang balasan ganjaran yang abadi hasil 'peperiksaan dunia ini'.

Berdoa dan memohon dari Allah. Orang yang sombong adalah yang tidak berdoa kepada Allah. Sombong dan bongkak bukan pakaian manusia kerana setiap apa yang ada di bumi ini adalah milik Allah. Doa menjadikan kita sebagai hamba yang kenal diri bahawa setiap sesuatu adalah urusan Allah, maka jadilah orang yang merendah diri dan hati dengan berdoa. Semoga dengannya, Allah tidak memalingkan dari rahmat kasihNya. Allah lah yang Maha Memberi Rezeki, anak soleh, kawan soleh, ibu bapa soleh, ketenangan, kelapangan dan sebagainya.

Melakukan yang fardhu. Kefardhuan telah ditetapkan oleh pencipta kita kepada setiap hambanya yang kita semua sedia maklum. Solat yang merupakan tiang agama apabila dilakukan kerana tanpanya, amalan lain tidak diangkat. Jadi, jadikanlah agama itu satu dari kehidupan dan bukannya sebahagian dari kehidupan kerana dengan kehidupan beragama, dapat membimbing manusia menuju ke syurga. Bukan seperti beragama pada tempat tertentu atau pada musim tertentu. Semoga kita menjadikan "Islam is the way of life" bukan "Islam is the part of life".

Bertawakal kepada Allah. Ketentuan dari Allah kadangkala tidak seperti yang kita jangkakan samada yang menggembirakan atau sebaliknya. Tetapi yang pasti, ada hikmah yang tersirat disebalik ujian. Semoga Allah meningkatkan iman dan taqwa kita dari takdir yang ditetapkan. Setiap segala sesuatu hasil daripada ketentuan Allah, seperti bagaimana saya terbaca tulisan ini setelah tulisan ini ditulis 10 tahun lepas mengingatkan kembali bahawa, dunia ini tidak seronok jika dibandingkan dengan syurga.

Allah, tuhan yang Maha Besar, Maha Penyayang, Maha Pengasih, masukkan aku ke syurga tanpa singgah ke neraka. Bimbinglah aku dengan takdirMu untuk itu.

Friday, December 09, 2011

Apa ni?

Assalamualaikom wbt, alhamdlillah, dengan izin Allah, dengan takdir Allah, kamu ditetapkan untuk membaca di dalam laman ini. Semoga dengan pembacaan ini dapat kita bersama-sama menilai diri kita semua, adakah kita berfungsi sebagai mana yang sepatutnya kita berfungsi iaitu sebagai 'hamba Allah'.

Kita semua telah meletakkan cita-cita dan harapan juga impian untuk memperoleh sesuatu dan mengharapkan Allah mengabulkan impian kita itu. Tetapi adakah kita sebagai hamba Allah ini melakukan apa yang disuruh oleh pencipta kita dan pencipta seluruh alam ini iaitu Allah? Diibaratkan seperti seorang bapa yang mahukan anaknya mencapai markah yang tinggi, tetapi tak dapat, mahukah bapa itu memberikan apa yang anak nya itu minta? Kadang-kadang boleh beri. Selalu tak bagi la.

Kita ini selalu mengasingkan kehidupan dunia dengan kehidupan beragama tanpa kita sedar ia adalah salah. Kita difardhukan untuk menutup aurat bukan semata-mata di tempat-tempat tertentu atau majlis tertentu. Agama kita hanya di masjid surau, akad nikah, kematian dan ceramah. Kita ambil agama ni yang kita suka dan kita tinggalkan yang kita tidak suka. Boleh ka macam tu?

Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana kita dilahirkan oleh orang Islam, jadi kita pun jadilah Islam. Adakah Islam kita hanya sebagai agama yang diwarisi dari ayah ibu kita. Atau ajaran yang dipertontonkan untuk kita ikuti oleh masyarakat sekeliling kita yang majoritinya orang Islam. Atau hasil penyerapan oleh ibu bapa kita yang menyuruh kita melakukan atau menunaikan solat 5 waktu, berpuasa, dan lain-lain sejak dari kecil.

Mana intipati pengabdian diri kepada Ilahi seperti bersolat dan berpuasa jika kita hanya mengikut seperti lalang tanpa meletakkan kepercayaan kepada Allah. Sia-sialah ibadat solat, pergerakan semasa solat dibuat kerana ikutan budaya orang lain pun melakukan itu, ini. Selami diri, pahatkan dalam diri. Allah menyuruh dan melarang kerana Allah mahu berikan kepada kita ganjaran yang kekal abadi yang tak terfikir akan nikmatnya di dunia ini. Makan rasa sedap, tapi sedap tu masa makan ja, habis makan, habis la rasa sedap tu. Dunia semua bersifa sementara, betulkan, semua orang tahu.

Jadi bermula saat ini, didiklah diri untuk mempelajari dari orang alim tentang dunia ini, jadikan kehidupan di dunia sebagai suatu ibadat dengan meletakkan segalanya kerana Allah, Allah yang lebih mengetahui dari yang tahu.

Wallahualam..