بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, December 28, 2010

Senapang dalam diri pemburu "benelli"

Bermulanya satu episod cerita yang membawa kepada reformasi atau pembaharuan yang dijanakan untuk mencipta satu epilog penceritaan yang "macam biasa saja" di dunia yang fana ini. Siapa sangka akan begini jadinya, begitu kesudahannya, tu la akibatnya. Kerana mulut, badan binasa merupakan satu ungkapan yang rata-rata kita semua arif dan faham akan maksudnya, iaitu secara kesimpulannya berkenaan ungkapan itu kita dengan kehidupan kita adalah memberi kesan kepada kehidupan orang lain yang juga mempunyai kehidupan, bukan diri kita sahaja. Wahai si pembawa pandemik sosial yang akan mewarisi ke keturunan yang seterusnya, didiklah anak-anak kamu menjadi seorang yang sentiasa ingatkan kematian pada masa sama tidak lupakan dunia, bekerja. Ingat kematian bukannya untuk meninggalkan dunia, maksudnya di sini ialah kita sewajibnya berfikir secara waras iaitu di penghujung kehidupan adalah kematian yang kita semua sendiri telah sedia maklum, bila-bila masa sahaja ia boleh sampai kepada kita tidak kira waktu, tidak lambat, tidak pula cepat. Supaya kita dengan bekalan kita selamat di alam yang satu lagi. Cukupkah kita saudara penulis? Berzikir lah sebanyak-banyaknya tidak kira waktu, mudah-mudahan zikir itu menjadi amalan yang utuh dalam diri kita sebelum sampai waktunya nanti biarpun atas sejuta sebab kematian itu berpunca.

Sunday, December 26, 2010

Adoiii

Mencipta satu metodologi atau pendekatan yang difikirkan akan berjaya dalam penempuhan satu di antara banyak liku-liku kehidupan yang akan diharungi pada masa mendatang bukannya suatu yang mudah. Betul lah ada seorang alim berkata, kita menempuh kehidupan kita adalah berdasarkan atau bersandarkan kepada kebetulan sahaja jika difikirkan bagi pemikiran cetek seorang manusia**. Jadi bagaimana seharusnya seorang manusia mencipta tahap keberjayaan seorang manusia itu di muka bumi yang boleh dikira ini? Kita sendiri fitrahnya dicipta untuk merasa lebih baik dari masa dahulu sama ada dari segi pencapaian ilmu, harta, dan sebagainya. Orang kata, bukan saya kata, jika kita melanggar fitrah kita, kita akan merasakan suatu yang tidak sempurna dalam diri kita sendiri. Contoh yang ringkas adalah berdasarkan orang komunis yang menolak tuhan. Fitrah menuju kepada tuhan adalah salah satu dalam diri manusia, mana tidak timbulnya persoalan "tiada tuhan" melainkan dari "tuhan itu ada" dari dalam diri manusia itu sendiri. Begitu jugak dengan kenyataan "harga minyak tidak akan naik" ditimbulkan dengan persoalan "harga minyak akan naik". Tup, tap, tup, tap, lihat diri sendiri wahai penulis yang dikurniakan akal sama seperti manusia lain, tuntutlah ilmu yang sah dan bermanfaat dan jadilah orang yang berfikir dengan berlandaskan syarak, bukan pengetahuan yang cetek yang mentafsirkan sesuatu perkara berdasarkan bisikan hati yang entah-entak diselit dengan bisikan syaitan yang sah-sah ada dalam diri berusaha untuk menyesatkan umat manusia.

Wednesday, October 27, 2010

Siapa dia orang Gila!!?

Ramai orang cakap, orang-orang tua pun ada cakap, orang melayu pun ada cakap jugak, orang bukan melayu pun ada cakap gak, orang arab pun ada cakap gak, semua orang biasa dengar orang bercakap berkenaan "lihat ke belakang" bukan "jangan pandang belakang" filem arahan ahmad idham. Hal ini berkenaan kita sebagai orang atau manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir supaya jangan terlalu melihat ke hadapan sentiasa, kadang-kadang kita perlulah melihat di 'side mirror' atau 'back mirror' masyarakat kita ataupun yang lebih mudah untuk disampaikan di sini ialah kembali ke pangkal agama.

Menyentuh bab-bab moral dan sahsiah umat Islam yang konon terbawa dengan arus pemodenan dalam pelbagai bidang termasuk fesyen, pendidikan, dan sebagainya dapat dilihat dengan jelas betapa dangkal dan kunonya pemikiran yang dimiliki oleh orang kita. Bukti yang dapat dibawa di sini ialah lihat lah sekeliling anda, anda akan dapat perhatikan orang-orang bodoh yang kononnya mengikut arus pemodenan membelakangkan agama sebagai jalan hidup yang ternyata benar dan sahih. Agama bagi mereka hanyalah masjid, solat, puasa, menikah, urus orang mati. Kehidupan lainnya adalah bersandarkan pemikiran yang cetek yang merumuskan dan memberi makna kehidupan kononnya. Islam adalah satu cara hidup sewajibnya didokong oleh kesemua umat Islam. Banyak yang dapat kita lihat dalam persekitaran yang serba moden ini bahawa orang Islam itu sendiri telah merosakkan nama baik Islam. Dapat dibuat kesimpulan di sini, bahawa mereka sama seperti yahudi dan kristian yang telah sekian lama cuba menjatuhkan Islam. Malas cakap banyak-banyak. Hidup la dengan cara hidup Islam yang sebenar. Kamu boleh melenting, mengamuk bila orang kafir memburuk-burukkan Islam, sedangkan, tutup mata, lihat dalam diri adakah kamu tidak memburukkan Islam di mata masyarakat dunia amnya??!! Bukan diri ini insan yang sempurna, cuma menegur diri sendiri supaya sentiasa INGAT, "ihdinas sirootol mustaqimm"..alfatihah ayat 6.

Wednesday, September 15, 2010

Bomoh

Bomoh atau pun individu yang dianggap mempunyai ilmu-ilmu tertentu berkenaan dengan kesembuhan, ataupun masalah-masalah paranormal yang lazimnya, mendakwa, atau tidak mendakwa bahawa mengetahui sesuatu yang ghaib yang manusia normalnya tidak mengetahui tentang sesuatu perkara itu, HARAM dirujuk atau berjumpa. Walaupun ramai orang bercakap mengenai seseorang itu yang merawat dan penyakit orang yang dirawat sembuh. INGAT, kesembuhan adalah kesan daripada, ALLAH yang membenarkan kesembuhan itu berlaku, bukanlah disebabkan seseorang..

Bersambung...

its time to change

here come the pain? not to pain, because i know Allah will help me surely. Perhaps Allah will show me the way, the truth way to go to Allah and to become the truth muslim. Not just 'ISLAM' on the IC, but the whole of my life. Remember, "Islam is the way of life". Change your mind, this world is just RnR, it can be count how long we live in here..The Akhirat is FOREVER.

Thursday, August 05, 2010

bazar Ramadhan, pasar Ramadhan Parit Buntar, Perak.

Tauhu Bakar and Cendawan Goreng available now here at beloved Parit Buntar, North Perak. Come and join the club!

Taman Wawasan, Parit Buntar.

0174377587

Wednesday, June 30, 2010

Baru dapat, ada Dalil Naqli

Allah tidak suka orang alim yang gemuk.

Maksudnya, kita kena jaga makan la...Sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk air, sepertiga untuk udara.

Yeah!!!

Jajahan Minda, Change how you create your life


Berpaksikan kepada prinsip hidup dan asas-asas Islam dan sentiasa merenung kembali hal-hal atau perkara yang berlaku di dalam sedar atau tidak segala pelakuan dan perbuatan samada kecil atau besar, Insyaallah menjadikan kita sebagai seorang insan yang sentiasa pada tali Allah Yang Maha Betul dan Maha Besar. Segala pujian bagi Allah dan juga Rasul-Nya Muhammad saw, Nabi akhir zaman, yang pada saat Kewafatan baginda pun masih ingatkan umat-umatnya iaitu kita pada masa ini umumnya pada masa ketika baginda dilantik menjadi Rasul. Ummati, Ummati, Ummati. Marilah kita sama-sama merenung kembali jalan hidup yang telah kita ambil dan tempuhi adakah benar-benar memenuhi segala keperluan untuk melayakkan kita masuk ke Syurga Allah yang tidak terfikir oleh akal kita manusia yang terbatas tentang kebahagiaan di sana, Subhanallah.

Seperti kita pada zaman ini, menanyakan belajar dalam bidang apa, apa peluang pekerjaan yang ada, sejauhmanakah bidang yang kita ambil diperlukan dalam dunia manusia untuk diupah atau digaji. Semua berkenaan keduniaan. Bukan kita menolak dunia, kerana kita pun menikmati apa yang dunia bekalkan pada masa ini, tapi, tidak dapat tidak, kita akan mati suatu hari nanti. Mati itu pasti, hidup, Insyaallah. Seperti dalam karya Ramlee Awang Mursyid, novelis triller Malaysia. Mari sama-sama kita mengejar akhirat melebihi kita mengejar dunia. Kita juga insan biasa, bukan sesiapa yang hebat, yang hebat, sudah pasti Yang Maha Pencipta, Allah. Marilah sama-sama kita menuju kepada Allah dengan meninggalkan larangan dan melaksanakan perintahNya. Kita nak dapat di dunia yang lebih kurang 70 tahun kalau dari lahir(lebih kurang), dan di akhirat, yang lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat.

Jom Kita Insafi Diri..

Change Your Mind,

Friday, June 04, 2010

Persiapan Maaut


Kepentingan perlindungan diri am pada masa ini dilihat sebagai suatu perkara yang penting yang menyelusuri perjalanan seorang manusia yang mempunyai susur galur keturunan, waris dan sebagainya yang berkaitan dengan seseorang individu khususnya. Bukannya apa, rata-rata kita di sini, di Malaysia khasnya telah dididik untuk berkenalan dengan sistem pinjam-meminjam sejak dari usia di awal pemuda-pemudi lagi. Jadi pendek kata, semua orang mesti tidak dapat lari dari meminjam dari institusi kewangan samada untuk pembiayaan kereta, rumah dan sebagainya. Persiapkan diri anda dengan kematian anda yang pada bila-bila masa sahaja akan datang menjemput anda. Bukan meminta tetapi telah ditetapkan yang "mati itu pasti, hidup Insyaallah". Berdasarkan kepada kehidupan kita yang kita harap betul menuju kepada Allah dan tidak meninggalkan dunia dalam keadaan berhutang, memberi hak serba sedikit kepada waris tinggalan, dan sebagainya yang memberi kelebihan kepada waris anda samada untuk menjelaskan hutang anda ataupun sebagainya yang melibatkan penggunaan kos. Takaful yang berlandaskan perkongsian yang dipersetujui bersama kalangan ahli dapat menjamin apa yang anda fikirkan sebentar tadi, "bila mati, hutang aku bagaimana?""keluarga aku bagaimana?". Yang Halal itu baik, yang haram itu sebaliknya, berlandaskan konsep Islam, takaful dapat memberi anda skim simpanan dan juga skim perlindingan am. Yang halal tanpa percampuran produk-produk SYUBHAH lain ditawarkan di Takaful Ikhlas. Sumber yang diyakini halal dan baik. Di dunia ini, kita diberi pelbagai pilihan. Pilihlah barangan yang halal dan baik untuk menentukan kebarakatan penggunaan sebarang wang dari sumber-sumber yang diredhai. Tanpa Syubhah. Insurans Haram di sisi Islam kerana pewaris mendapat pampasan daripada kematian penama semacam berjudi(berjudi dengan kematian). Sumbernya pula tidak diketahui, dari mana duit itu datang jika hendak dibandingkan dengan Takaful yang sumbernya adalah dari perkongsian sesama ahli yang sah halal dalam Syarak.

prinsip hidup vs asas-asas Islam


Dalam menyelusuri perjalanan sebagai seorang mukmin yang berpegang teguh pada landasan dan tali yang telah ditetapkan oleh syariah sebagai panduan kehidupan seorang manusia yang mengakui dirinya sebagai makhluk hebat ciptaan Allah dan mengakui juga Nabi Muhamad saw itu pesuruh Allah, manusia yang betunjangkan nyawa di dalam tubuh yang direka cipta Pencipta yang Maha Bijaksana dari tanah tetapi Allah telah perintahkan supaya Ifrit yang penciptaannya dari api sujud kepada Adam. Kesimpulan di sini kita mahu ketengahkan kepada pembaca bertuah, bukan kerana kenapa, bagaimana, siapa yang menjadi persoalan sesuatu ibadah itu dilakukan, ia adalah berkenaan dengan AKIDAH. Tak perlu menanyakan itu ini jika ia adalah perintah dan suruhan mahupun tegahan dan larangan. Ia adalah berkenaan dengan soal AKIDAH iaitu kepatuhan kita kepada yang Maha Esa. Wallahualam

Saturday, May 29, 2010

astalavista!!


Berapa hari lagi, berapa minggu lagi, berapa bulan lagi, berapa tahun lagi atau berapa jam lagi, berapa minit lagi, berapa detik lagi Allah tetapkan kita di muka bumi ini?Semua orang ada ketentuan, no excuse. Pegawai tahap tertinggi, pegawai biasa, pengarah, presiden, kerani, operator pengeluaran, pembantu makmal, guru biasa, guru cemerlang, agen insurans, agen takaful, penggali kubur, tok imam, pak bilal, doktor, pengetua, guru besar, tauke restoran mamak, polis, askar, raja, rakyat biasa, tok mudim, orang tak sembahyang, orang selalu buat maksiat, orang tak pakai tudung, orang pakai tudung baju lengan pendek, orang pakai tudung baju ketat seluar ketat, orang pakai tudung nampak jambul, lelaki pakai seluar pendek, orang sedang berpuasa, orang sedang berzikir, orang sedang tidur, orang sedang memandu kenderaan, orang pembonceng, orang bermain sukan, orang tak bekerja, orang bekerja, orang gila, orang hisap rokok, orang sakit dah lama, orang baru sakit, orang belajar, pelatih plkn, pilot, pramugari, model sambilan, model sepenuh masa, pembaca berita, wartawan, pengawal keselamatan, pustakawan, kaunselor, hakim, peguam bela dan cara, engineer, polis bantuan dan semuanya yang bernyawa yang tak tersebut, you're on the club.

Allah kirimkanlah aku....



Wednesday, May 26, 2010

Terima Kasih Allah lahirkan aku dalam ISLAM

aku MUSLIMAH, ini pakaianku, selain dari tapak tangan dan muka adalah kewajipanku untuk melindunginya daripada pemerhatian orang lain. Ini bukan soal penganiayaan kebebasan kepada kaum Hawa, tapi ini soal AKIDAH.
Semoga ALLAH melindungi aku daripada api neraka di sana nanti daripada membakar diriku.

Tunggu YAHUDI, aku dengan zuriatku INSYAALLAH akan bermatian memerangimu, walaupun kami boleh dihitung.

di sini menanti, di sana menunggu

Lama tak menulis, patut la rasa semacam ja. Bukan la hebat sangat menulis atau memberi idea, tapi, anggapan sebagai suatu mekanisme supaya cara berfikir diperkembangkan dengan meneliti persekitaran yang selalu berubah tambahan di dunia yang serba-serbi penuh dengan dugaan dan cabaran latihan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta kita semua tak kira dari susur galur manapun, ALLAH MAHA BESAR, TIADA TUHAN SELAIN ALLAH. Tempat saya dan juga anda nanti adalah di tanah perkuburan yang berada di dalam alam satu lagi yang tak terbayang bagaimanapun sifatnya walaupun banyak dalil-dalil menjelaskan peristiwa di alam kubur.

Ingatan untuk diri sendiri dan juga sesiapa juga terutama anda. Banyakkan melakukan amal soleh di dunia ini saudara. Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, Haji Umrah, zakat perkara ibadah yang wajib anda lakukan. Kalaupun anda melakukannya, anda bukan lagi dikira sebagai orang yang beramal soleh. Anda hanya melakukan perkara yang anda perlu lakukan seperti makan dan minum untuk membekalkan tenaga kepada badan anda supaya dapat menjalani kehidupan hari-hari. Amalan sunat yang dikerjakan yang memberikan anda status soleh. Bersedekah, selalu bersolat sunat, dan mengamalkan amalan-amalan sunat yang lain itulah yang diklasifikasikan sebagai amal soleh. Saya mengajak saudara saudari muslim, pecahkan tradisi, lawan arus, reformasi, revolusi, lawan adat, lawan budaya, lakukan anjakan paradigma berkenaan dengan amalan, kepercayaan, ibadah kita. Banyak kan solat sunat, bersedekah dan sebagainya yang tak terfikir pada masa ini pada masa ini dan masa sebelum kita berpindah alam nanti. Pada masa yang sama, mematuhi segala suruhan dan menjauhi larangan.

Duit banyak manapun tak cukup!!

Tuesday, April 27, 2010

Sedar Diri Tu Sikit

Andai dapatku gapai bintang di langit, saktilah aku. Konfim tak sakti. Kepada guru-guru tetap yang bukan semuanya bahkan sebilangan kecil sahaja yang sering kerap merasakan diri mereka sangat hebat berdasarkan pengalaman pengajaran mahupun taraf pendidikan mereka yang menjurus kepada bidang pendidikan yang suka memandang rendah abiliti keupayaan insan lain yang juga manusia seperti anda, yang juga mengakui keEsaan Allah swt iaitu GSTT. Harap maklum empunya diri. Tidak perlu anda memperlekehkan sesiapa kerana dasarnya anda punya PnP pun mengejar target 'silibes'. Cuma anda dikategori bernasib baik kerana dapat mengikuti kursus pendidikan semasa di peringkat pengajian tinggi. Tidak seperti GSTT yang sebilangan kecil guru berstatus tetap lekehkan. Kenapa? Sebab tahap gaji GSTT yang sama dengan anda? Ingat GSTT kontrak setahun saja. Berilah peluang kepada mereka menimba pengalaman pengetahuan. Kenapa yang selalu dipersalahkan walhal murid sendiri berada dalam status kurang memuaskan kepada guru yang tidak mendapat latihan keguruan. Anda bukan hebat mana pun. Anda pun manusia, anda tahu anda tidak HEBAT. ALLAH MAHA HEBAT. Jangan BERLAGAK GURU TETAP. "kun fayakun" = jadi, maka jadilah. Anda menjawat status profesional, berfikir secara rasional environment anda.

Monday, April 05, 2010

GUru ku

Profesion perguruan sememangnya pekerjaan yang mulia dan disanjung tinggi dahulunya. Namun kini apabila memasuki dunia baru dalam pengisian kerja dalam bidang perguruan ini, telah memasukkan individu-individu yang bukannya kesemuanya berperanan seperti individu-individu terdahulu yang bergelar 'cikgu'. Memang boleh diakui, guru mengajar ilmu, bagi ilmu dekat orang dapat pahala, mengajar bukan senang, kn banyak hadapi kerenah pelajar dan ibu bapa juga masyarakat sekeliling, itu la yang banyak alasan orang yang boleh dikatakan melompat bidang. Alasan yang diberi tidak sekukuh potensi. Bukan sebab gaji yang tinggi kah profesion ini menjadi taruhan walaupun tak setinggi mana? Alasan diguna pakai, nak berbakti kepada masyarakat. Mari buka minda, kenapa dalam bidang ini sahaja anda boleh berbakti kepada masyarakat? Boleh mendapat pahala? Saya rasa terpanggil untuk mencoretkan sedikit sebanyak berkenaan isu ini. Ikhlas ka sebab gaji ka. Yang mana jadi tu harap ubah niat dalam diri tentang tanggungjawab anda, sematkan dalam diri bahawa anda bukan memilih kerjaya ini disebabkan gaji yang boleh la. Apa akan jadi dengan anak-anak kita nanti. NIat sebab nak mendidik, niat sebab nak ubah mentaliti masyarakat, niat sebab nak mengkreatifkan minda budak-budak, dll. Jangan cakap, jadi cikgu ni gaji boleh tahan, boleh dapat pahala gak tu sbb bagi ilmu kat orang. Tu dah kira terpesong da tu. Bukan sebab nak mendidik misi dia, tapi lebih kepada gaji. Gaji tu tak penting, yang penting peranan anda sehabis mungkin dalam masyarakat. Jadilah masyarakat yang mendidik yang ikhlas, gaji tu memang perlu tapi bukan niat utama. Dahulu kerja mencari orang, sekarang orang mencari kerja. Standart zaman sekarang. Bagi penggemar memberi alasan guru adalah pekerjaan yang ideal yang memberi gaji secara tak langsung dapat pahala dalam mengajar, knp tak memilih mengajar di sekolah rakyat? dapat pahala, dapat gaji, dapat mengajar. Tepuk dada, tanya diri sendiri, jangan marahkan sapa2, apa yang anda mahukan?dunia yang biasa,akhirat yang luar biasa, dunia yang selesa, akhirat yang selesa, dunia yang tidak selesa, akhirat yang tidak selesa. Amalan anda, niat anda. Bukan percakapan anda, tapi niat dalam diri anda knp guru pilihan anda. Buang sebab duit, jadikan sebab lain. Kembalikan kerja perguruan di tahap yang asal yang tertinggi. Guru aspirasi pelajar. Guru bagaimana, pelajar pun ke mana.

Thursday, April 01, 2010

Jangan Marah marah



lembut dan tenang juga istikhomah..itu yang perlu di lakukan. Tak perlu tergesa-gesa sambil memohon dari yang Maha Esa walau apa jua yang anda lakukan dan ingin capai. Jika awal, maka awal la, begitu juga sebaliknya. Yang penting, anda melakukan suruhanNya. Dan, mohon kepadaNya. Banyak kali, berulang kali. Allah suka orang yang meminta kepadaNya.

Thursday, March 25, 2010

Kerja Kosong

Di mana anda boleh mencari peluang kerja?

http://www.mudah.my

http://www.jobstreet.com

http://www.monster.com

http://www.allyhunt.com/overview

http://www.spa.gov.my

http://achemm.blogdrive.com/

http://www.jobsmalaysia.gov.my

Yang lain-lain, dekat surat kabar, nak banyak sikit kat surat kabar hari ahad(beli semua surat kabar dalam bahasa melayu n inggeris.

Selamat Berjaya(cari kerja)

Monday, March 22, 2010

Walau Sekaya Mana Kamu

  • Kamu tetap lahir dari sistem peranakan wanita
  • Kamu tetap bernafas menggunakan hidung
  • Kamu tetap mandi menggunakan air
  • Kamu tetap sakit
  • Kamu tetap rasa tidak cukup
  • Kamu tetap mati
  • Kamu tetap akan dimandikan
  • Kamu tetap akan dikapankan
  • Kamu tetap pergi ke alam barzah
  • Kamu tetap disoal oleh malaikat bertugas
  • Kamu tetap akan disebat
  • Kamu tetap akan berada di padang mahsyar
  • Kamu tetap meniti Siratul Mustaqim
  • Kamu tetap tidak boleh membawa sebarang harta kamu
  • Kamu tetap = dengan orang yang lain
  • Kamu tetap ada perhitungan
Kamu tidak dibezakan. Buat jahat jangan sekali

Wednesday, March 17, 2010

Pisang Sebagai Buah yang Berkhasiat

Malas nak jadi orang kuat kutuk, tapi kalau tak kutuk gak, panas dalam pulak. Nak kutuk pasal pa pulak hari nie. Jom kutuk pasal bercinta sebelum kawen yang dok berlaku dalam dunia kita hari ni. Terutamanya perempuan, dambakan cinta sangat. Dapat apa? Ka setakat nak mengikuti arus peredaran zaman. Orang lain bercinta, diri tu pun nak bercinta sampai dok jadi desperate sangat gila jantan. Last-last(langkau jauh sikit) terlanjur, buang anak merata-rata. Elok sangat la tu. Berani habaq mai, orang yang buang anak tu dah menikah. CONFIRM bukan punya. Masyarakat satu hal, mengiakan budaya cinta-bercinta muda remaja. Aku gak kena tempias. Nih orang-orang tua dulu-dulu la ni. Cegah bukan bermakna kuno, tapi adab (bukan semua, maaf cakap). Mai balik pasai keja tak senonoh buang anak yang diikhtiarkan oleh orang bertanggungjawab dalam bidang ini akan menyediakan tempat untuk anak-anak luar nikah ini. Sangat bijak tindakan anda dalam menjayakan seks luar nikah dalam kalangan muda remaja kita. Kononnya hendak membantu anak kecil(bayi) yang tidak berdosa ini. Orang-orang dulu ada cakap, ramai ada cakap, masalah apa sekalipun, jalan penyelesaian adalah kita balik ke pokok pangkal(jalan asal). Jalan asal orang Malaysia adalah agama Islam, Islam suruh kita buat apa?Islam dah letakkan apa sebagai ikutan dan panduan kita? Allah yang Maha Sempurna.

Wednesday, March 10, 2010

Pelik tapi benar..

Kenapa kalau kita tengok atau dengar ceramah kat mana2 terutama nya dari tayangan perdana (tv) tak pernah bagi ceramah tentang aurat? Sensitif ka bagi suma yang berpengaruh yang ada bini kat sebelah yang tak jaga aurat. Kata orang Islam. Kena mencontohi Rasullullah saw la, tapi bini kat sebelah? erkkk

so WHAT!!!

Kenapa perempuan (ya awak tu ler) suka pakai seluar jeans dan baju t shirt? Pastu baju t shirt nya pun singkat sampai nampak bahagian punggong. Pastu nak kasi Islamic sikit kononnya, pun dipakainya sarung lengan sebab dia pakai baju t shirt lengan pendek. Katanya aurat, dia kata lagi aurat pompuan adalah selain muka dan tapak tangan. Wow, bagus, hebat, boleh mengingati subjek Pendidikan Islam tingkatan 2. Dia rasa kalau dia tutup bahagian kulit, dia tutup aurat la tu. Dia paham kat situ.

Wahai bapak-bapak yang bodoh, anak kamu tanggungjawab kamu. Sapa yang boleh tegur dan marah dan ajar golongan anak-anak ini, melainkan kamu. Hari-hari nampak ja naik motosikal berkopiah pergi ke surau masjid setiap waktu pulak tu. Balik rumah, pesan kat anak "belajar sungguh-sungguh, dengar cakap cikgu," sambil disalami oleh anak dan dicium tangan sambil memakai baju kurung sekolah dan tidak mengenakan tudung. "Baiknya anak aku nie," kata si pak lebai.

Tak boleh blah betoi, ni punca tak lain tak bukan dari tv, memang dari tv. Dok tayang aurat sana sini, pastu pakai telekung sembahyang. Kononnya tu cara hidup Islam. Islam hanya pada waktu sembahyang, waktu orang mati, waktu nak menikah. Dok tengok mak-mak menteri dok tak pakai tudung, dok tengok artis-artis tak pakai tudung, pastu alasan tak pakai tudung, orang pakai tudung pun perangai lagi tak elok dari yang tak pakai tudung. Pandai jawab. Jawab nanti kat sana. Yang penting orang nampak baik. Kepala hotaq hang. Masalah hang sekarang ni, hg dok bagi dosa gak kat orang yang tengok kepala hang. Bukan dosa hang sorang-sorang. Tak pasai-pasai orang len dapat dosa tengok hang. Kononnya mahkota wanita. Tunggu nanti mahkota engkau kena tarik tergantung kat atas kat neraka kalau engkau tak sempat bertaubat dan meminta orang-orang yang engkau bagikan dosa percuma memaafkan dosa engkau. Mampuka nak minta maaf kat suma yang engkau bagi dosa engkau tu?

Tu belum habaq pasai pakai baju pelik2 singkat, pakai suaq jeans nak bagi tayang bentuk jubuq kat laki tu, nak habaq mai ada cuting, padahai penuh berkurap tak pun parut kudis buta dan demam campak. Ya kamu! oarang kampungan yang kononya hidup penuh tradisi kemelayuan dan mendapat didikan agama oleh pak-pak lebai di surau takpun oleh bapak sendiri. Pakai eksen-2, sua jeans, baju singkat, nampak body, rambut terurai2. Tanya dok mana, Kg Tok Haji Mamat Dalam Sangat. Tu dia, orang kampung punya fesyen, kalah dok town siap pakai sunglas besar punya cukup, gaya artis.

Monday, March 08, 2010

Proses Menaikkan Taraf Hidup

Bagaimana untuk kita meningkatkan taraf hidup kita? Adakah makna meningkatkan taraf hidup itu adalah meningkatkan pengaliran wang masuk ataupun meningkatkan pengaliran wang keluar ataupun kedua-dua nya. Kebiasaan manusia berbelanja mengikut kemampuan iaitu perbelanjaan mengikut "extra keperluan" iaitu bukan keperluan sangat pun, tak termasuk tabiat perokok lagi bagi sesetengah individu. Apakah jalan keluar bagi masalah tidak 'cukup' yang saban hari kita manusia merasakannya? Sebanarnya jika kita gali dari dalam lubuk hati dan kita melihat sejarah yang berlaku di dunia, benar, tidak ada penyelesaiannya untuk masalah tidak cukup. Anda dan kita tetap tidak akan merasa tidak cukup dengan segala apa yang anda dan kita ada. Namun, ada suatu mekanisme yang boleh menjadikan perasaan tidak cukup kurang diperhatikan atau dipedulikan iaitu perasaan berjimat dengan menabung atau menyimpan. Walaupun begitu, dengan menebung ataupun menyimpan pun kita masih rasa tidak cukup dengan simpanan. ??!! Kembali kepada Allah yang Maha Cukup. Nauzubillah..

Thursday, February 25, 2010

Apa yang perlu dilakukan?

Pembaharuan pemikiran atau 'thinking revolution' perlu ada khasnya kepada golongan-golongan muda belia Melayu khasnya. Kerana orang-orang tua melayu sudah kurang tenaga dan kuasa dalam membentuk suatu paradigma yang menginjak masyarakat Melayu khususnya dalam menguasai kesemua bidang selain ketenteraan dan perkhidmatan awam. Betul!! Bisnes perkhidmatan awam dan ketenteraan tidak akan rugi. Tetapi, setakat mana anda berbakti terhadap masyarakat selain anda berbakti kepada diri anda sendiri sahaja. Apakah perjuangan anda? Kenaikan pangkat, kenaikan gaji, claim perjalanan, elaun rumah, dsb. Semua perjuangan tentang perut dan keselesaan anda. Memang tidak dinafikan, kebanyakan kita berjuang untuk kesenangan peribadi(keluarga), tetapi, sejauh mana perjuangan kita itu membantu diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita jika dilihat melalui skop yang lebih besar lagi. Sejauh mana? Selama mana? Sebanyak mana? Marilah kita bersama-sama menanamkan di dalam lubuk minda yang paling teras bahawa "melayu bukan semata-mata dilahirkan untuk menjadi penjawat awam yang membantu kerajaan di dalam proses pentadbirannya, tetapi melayu boleh menjadi siapa juga yang pakar seperti bangsa-bangsa lain". Bukan nak cakap, say no to kerja kerajaan, tapi nak cakap, masukkan diri anda ke dalam bidang perniagaan seperti bangsa lain, t mula la nak berleter Cina dok pegang ekonomila, diri sendiri dok pegang perut sendiri..

Thursday, February 04, 2010

Ke Mana Akan anda tiba 5 Tahun lagi.

Hari ni, aku di sini. Esok pun pasti di sini lagi. Lusa aku yakin tetap berada di sini. Tapi aku tak pasti kalau yang namanya 'ajal' datang sebelum lusa, esok, beberapa minit lagi. Namun, aku tetap dengan pertimbangan prinsip, biar orang tak nampak sekarang, apa yang aku ada, mudah-mudahan impian dan citaku akan termakbul suatu hari nanti. Dengan harapan apa yang aku lakukan sekarang berjaya membimbing aku untuk jadi seorang yang berjaya suatu hari nanti dan jangan risau wahai empunya diri, aku sudah letakkan engkau di tahap nilai yang tertinggi bila engkau meniti usia 30-an nanti semoga Allah menunjukkan jalannya nanti untuk kita aku dan diri.

Aku seorang perniaga amatur dengan pendapatan RM 25+/- sehari berumur 25 tahun, tahun ini. Bekerja sehari dalam kurang 3 jam setiap hari. Aku bekerja dengan diri sendiri, tunggulah aku beberapa masa akan tiba nanti akan aku gandakan setiap apa yang aku ada nanti. Allah kirimkanlah aku.

Tuesday, February 02, 2010

coMe On Bro

Penitian usia sebagai seorang individu yang meletakkan diri pada harga yang tinggi bukan suatu yang boleh menggambarkan dirinya akan begitu pada tahap 10 tahun akan datang.

p/s: Pesanan kepada diri sendiri.

Namun, jika bukan pun, hidup mesti diteruskan dengan apa yang ada di sekeliling anda dan yang penting jangan MALAS. Sapa kata tak dapat kerja "tak ada rezeki"? Jangan jadi orang cetek yang belajar tinggi-tinggi dengan harapan yang satu; SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).

Biar tak nampak dahulu, jangan nampak kemudian.

Friday, January 29, 2010

Gani Keli , Gani Keli Masin dicari

Hint= Tanjung Tualang, Kg. Gajah, Air Kuning, Penternak Keli, Pengusaha Keli Masin

Tuesday, January 26, 2010

Gani Keli , Gani Keli Masin dicari

Gani @ Ghani berumur dalam lingkungan pertengahan 30-an, ketinggian 5 kaki 6 inci(anggaran), berkereta Proton Wira (merah) pengusaha ikan keli dan keli masin. Batu Gajah kawasannya. BerHUTANG tapi lari. Nombor telefon terakhir 0103726938 dan 0195052658. Mintak orang laburkan modal untuk projek benih keli, tapi senyap, tak boleh lari mana pun Abang Gani, tak dapat kat dunia nie, saya tuntut kat alam lagi satu nanti. Takutlah kamu dengan akhirat kamu nanti. Memang tak nampak lagi.

Batu Gajah, Tanjung Tualang, Air Kuning

Orang di sana yang berhutang, tunggu aku datang tempat kamu..!!!

Monday, January 25, 2010

Kenapa Hidup Kita Ada Masalah

Kehidupan normal manusia adalah tidak lari daripada berhadapan dengan masalah, tidak kira masalah yang berpunca dari faktor dalaman individu itu sendiri mahupun yang berpunca dari faktor luaran iaitu masyarakat amnya. Masalah yang dapat diatasi akan menyenangkan hati dan perasaan. Mesti rasa seronok apabila sesuatu masalah itu dapat kita atasi tambahan pula tidak menyebabkan masalah lain yang timbul.

Hidup bermasalah boleh mendekatkan diri kita kepada Maha Pencipta dan boleh juga menjauhkan dariNya bergantung kepada pemikiran yang panjang ataupun cetek digunakan untuk menilai satu-satu permasalahan. Pemikiran yang rasional dapat mematangkan individu untuk mengelakkan daripada berulangnya masalah yang dihadapi.

La La La La

Perhatian kepada individu-individu yang ingin memulakan suatu bisnes. Modal pusingan amatlah penting bagi anda untuk memastikan wang sentiasa mengalir masuk dan keluar untuk anda mengekalkan dan memperkembangkan perniagaan anda. Di samping penggunaan wang harian (peribadi) adalah lebih sedikit daripada keuntungan harian anda.

Thursday, January 21, 2010

Cendawan la kamu!!


Sayuran jenis cendawan thiram kelabu mencari pengusaha mini market atau pemborong sayuran segar untuk dibekalkan di kedai dan pasar basah. Segar begar, baru dipetik dalam masa kurang 2 jam hingga 3 jam. Bungkusan yang lebih berat dan besar berbanding pengusaha yang lain. Harga terus dari ladang. Hahaha..

Wednesday, January 20, 2010

Mini Market Dicari


Mini market di sekitar Parit Buntar, Nibong Tebal, Jawi, Sungai Bakap, Bagan Serai, Kuala Kurau dan sekitarnya dicari untuk membekalkan cendawan segar setiap hari.

Cendawan, cendawan thiram kelabu, cendawan tiram kelabu, cendawan satu dua tiga cendawan 2009 2010 1985 1990, cendawan dan cendawan.

Tuesday, January 19, 2010

Pemborong Sayur Dikehendaki (Kerian)

Siapa-siapa yang boleh berkongsi kontek pemborong sayur di daerah Kerian dan sekitar dengan saya?

Allah kirimkanlah aku....


Malam ini, ku sendiri tak ada yang menemani......

Thursday, January 07, 2010

jom keluar daerAH

Bosan, bosan dan bosan lagi. . . Nak lepak mana la nanti. Belanda boleh, New Zealand pun boleh tahan. Setahun 2 sudah

Tak boleh Tahan!!!

boleh tahan la bosan. aku nak keluaq malaysia satu hari nanti. Haha huhuhu........

Monday, January 04, 2010

Aku Ingin Pulang

Uhuk uhuk uhuk batuknya si mamak menyedarkan dari lamunan yang sentiasa membelenggu pemikiran terhadap cintanya dunia melebihi akhirat. Bagaimana aku mahu mencintai akhirat melebihi duniaku? Hati kecil kekadang mengingat perihal tentang seksaan neraka tetapi selalunya nafsu yang selalu menang. Aku ingin merubah hidupku, aku ingin kembali ke jalan yang lurus, aku ingin menuju kepada Allah. Aku ingin mengecapi rasa tenang dalam hidup ini. Aku yakin ketenangan hanya akan dapat dirasai apabila berada di landasan yang betul selari dengan fitrah atau naluri sebagai makhluk Allah yang sewajibnya mengikut setiap suruhannya. Aku cuba memuji-muji Allah dengan pujian "Laailaahaillallah" berulang-ulang kali. Nah, aku dapat rasakan ada semacam suatu anjakan dalam diri ini yang......sangat tenang dan indah. Langsung menidakkan kekusutan yang berlaku dalam hidup ini dan membawaku lebih matang dalam menjalani ketetapan yang telah ditetapkan Allah yang aku percaya akan ada hikmahnya nanti, suatu ketika nanti. Segala kecelaruan dunia dapat dilupakan dan perasaannya sangat indah tidak seperti yang dapat digambarkan dengan kata-kata. 'Dadah' ini lebih berkesan dalam memberi ketenangan pada diriku, aku yakin.

Dipetik dari : makhluk Allah

Sunday, January 03, 2010

Di sini lah Semuanya Bermula

Sebulan, dua bulan, tiga bulan hingga satu tahun dan lima bulan masih di takuk yang lama. Apakah halnya? Hidup yang terasa kosong dengan aktiviti-aktiviti harian yang sudah terasa membosankan dan dengan persekitaran yang tidak berubah menambahkan lagi kebosanan dan tekanan. Tiada peningkatan dalam kehidupan setakat ini.

Cuma satu cara yang dilihat boleh membimbing diri, bukan kekasih hati, bukan nasihat yang diterima setiap hari, bukan berjalan-jalan kesana-sini, bukan berbelanja sesuka hati, dah tentu bukan mengikut nafsu sendiri dalam mengharungi kehidupan yang penuh onak dan duri, bukan melawan kehendak fitrah dan naluri TETAPI mendekatkan diri terhadap ILAHI.

Memanglah diri ingin seperti insan lain yang dilihat mempunyai itu dan ini, tetapi itu bukan hakiki yang kekal abadi. Tanamkan dalam hati ada kehidupan yang lebih abadi di sana nanti. Bukanlah mahu menunding jari mengatakan takdir sudah diberi peluang tidak diberi. Tetapi hanya mahu mengigatkan diri sendiri, masanya akan tiba nanti.

'Aku pasti masanya akan tiba nanti' patut disemat dihati disamping tidak lupa dengan kewajipan setiap hari dan overtime bermunajat, berzikir memuji Ilahi. Insyaallah hijab akan terbuka jua nanti. Bukanlah meminta lebih dari insan lain yang mempunyai itu dan ini tetapi cukuplah dapat bermudah-mudah di dunia yang sementara ini dan semestinya ingin menunaikan fardhu Haji.

to be continue...