Dalam kehangatan isu no. plat WWW 1 nampaknya DS Nizar Jamaluddin telah mengeluarkan kenyataan berkaitan di Twitter. Kenyataannya agak panas, namun ada kebenarannya. Sesetengah pihak melihat isu ini diibaratkan menghantar bola tanggung kepada blogger dan media United Malays National Organisatioan (Umno).
Sebenarnya itulah tugas blogger dan pencacai United Malays National Organisatioan (Umno) sentiasa mencari isu untuk di spin sepuas-puasnya, betul tak betul itu lain cerita..
Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab ia menjadi kewajipan untuk menegur walau kepada sesiapa pun. Kerana fitrah manusia sentiasa mudah lupa, bila lupa akan ada orang menegur. Terpulanglah kepada kita samada boleh menerimanya ataupun tidak..
Putera Mahkota Johor juga membuat kenyataan berkaitan WWW1 di Twitter.
“Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. Selesa untuk tidak meminta dari MB atau dari mana-mana pegawai Kerajaan. Wang yang diperuntukkan kepada Bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.
Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum Anda buka mulut anda, sila selidik.”agak...