Salam kepada semua pengunjung, saya di sini ingin berkongsi satu pendapat iaitu pengaruh arus perdana dalam tidak merealisasi industri yang baru tumbuh mekar dalam industri di Malaysia khasnya.
Anda semua perasan atau tidak jika sesuatu industri baru yang menampakkan kejayaan pada satu-satu tahap akan lumpuh dalam tahun ke 2 atau ketiga. Contohnya industri vermikompos dan vermikultur. Meletupnya bukan main. Satu saja harapan saya, anda jangan terlalu melulu jika mendapat tahu satu-satu industri yang anda sorang sahaja nampak macam berpotensi.
P/S: "tahukah anda itu adalah salah satu cara mereka mempromosi perniagaan mereka?" Ada duit yang dikenakan samada kepada JPM atau pun Individu untuk masuk dalam satu ruangan di televisyen.
Kalau ia pun anda terpengaruh dengan khabaran media massa itu, carikan pasaran dahulu. Kalaupun ianya memberikan anda kontrak farming, mudahkah anda untuk meletakkan hasilan ladang anda ke tempat mereka? Pengalaman saya dalam industri vermicast adalah menghampakan.
Permulaan memang seronok, ada dapat kontrak farming. Tapi bila hasil dah keluar, bila dah nak hantar hasil, tak terima yang kasar la, tak terima yang bukan taik cacing lah, nak yang gred 'a' lah, apa lah.
Memanglah kita boleh menjual sendiri hasilan itu, tetapi oleh kerana industri itu keluar dalam media massa, jadi ramai yang masuk dan mengatakan industri ini berpotensi. Anda silap, ia berpotensi bagi syarikat-syarikat besar. Yang kaya tetap menambah kekayaan, yang adik beradik kita, lambat,susah, payah sikitla.
Senang cakap, bila masuk tv, semua orang nak buat. Jangan buat macam tu wahai syarikat-syarikat besar. Bila ramai yang buat, maksudnya pengeluaran akan jadi banyak, bila pengeluaran banyak dari permintaan maksudnya harga akan jadi rendah. Yang terkena bukan sapa, kita ni la yang baru nak bertapak.
Ingat saudara-saudara, dalam tv, banyak yang kita tak boleh pakai. Lebih menguntungkan orang yang sedia kaya. Tapi yang berjaya tu alhamdulillah, semuanya dari ALLAH swt.
Kita tengok cili fertigasi, dulu harga pasaran boleh tahanlah, tapi oleh kerana banyaknya individu yang terjun ke bidang itu tambahan dengan kemasukan cili-cili dari China, harga nya dah jadi berapa sekarang? Itu baru harga pasaran, bagaimana pula dengan harga borong?
Alih-alih yang kayanya orang yang membuat sistem fertigasi tu, pembuat pam, pembuat polibeg dan seangkatannya.
Tips untuk anda, anda jumpa teknologi baru, anda lah yang akan kaya jika berada dalam saluran yang betul. Bukan saya kata, orang cerdik pandai kata. Jadi, research and developement(RnD). Try n error, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.
No comments:
Post a Comment