بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Monday, November 30, 2009

resepi cendawan goreng terbaik

minta saya send kan email kepada anda resepi ini.

tinggalkan email anda di dalam ruangan komen untuk anda dapatkan resepi ini.

Tak da cas la.. FREE..

atau anda boleh send kepada email saya husni.mohd@gmail.com

Thursday, November 05, 2009

Arnab aku yang kembang




















Posing baik Punya!



















Ceewah, belah tengah.



















AKu & aRnaB



















Sama seperti tajuk di atas

Tuesday, November 03, 2009

CEnDAWan THiraM KelaBU

cendawan thiram kelabu

Segalanya tentang cendawan. Penanaman cendawan di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi, ia sudah berkembang sejak 1950an lagi mengikut peringkat-peringkat tetapi senyap sebentar pada tahun 1970an dan sekitarnya dan kembali ke persada peminat-peminat usahawan awal 1990. Dahulunya medium yang diguna pakai adalah seperti jerami padi, batang-batang pokok dan seumpamanya.

Tetapi dengan penyelidikan yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian dan individu-individu suatu mekanisma baru dalam penanaman cendawan telah berjaya diterokai dengan penghasilan yang lebih bersifat komersil berbanding penanaman secara tradisi.

Habuk kayu getah diguna pakai sebagai medium penanaman cendawan. Yang menjadi permasalahannya sekarang adalah tiba-tiba sahaja habuk kayu getah dijual. Itu lah lumrah, tiada permintaan, jatuh lah nilai sesuatu. Tetapi, jika ada.

Walaupun begitu syor saya kepada individu-individu yang berminat untuk memulakan tanaman cendawan ini adalah dengan membeli bongkah(plasti beg yang telah siap diproses dan telah ada benih di dalamnya). Ini adalah kerana, modal untuk anda membuat bongkah-bongkah adalah tinggi jika sedikit kuantitinya. Tambahan pula, tempoh matang untuk anda boleh mengutuip hasil adalah lebih 2 bulan(60 hari tempoh matang).

Di sini saya menawarkan bongkah cendawan untuk dijual. Antara kelebihan yang akan anda dapat adalah:

-anda tak perlu menyediakan tempat pengukusan,
-anda tak perlu menyediakan tempat untuk suntikan, yang anda kena pastikan tiada bakteria.
-anda tak perlu membungkus, makan masa, modal tenaga kerja,
-anda tak perlu tunggu lama, bongkah untuk anda sudah berumor pra-matang(1bulan setengah)

Tetapi anda perlu menempah bongkah ini sebulan sebelum kerana permintaan terhadap bongkah ini amat tinggi.

p/s:sampai ke tempat anda, anda hanya perlu 2 minggu untuk bermula, bahkan ada bongkah yang terlalu subur yang pengeluaran cendawannya terlalu awal. Tetapi masa anda hanya 2 minggu untuk anda menanti.

Harga RM 0.90 perbongkah dengan kuantiti minimum 1500 bongkah

Tempah sekarang!!!

017-4377587 HUSNI SULAIMAN

Sunday, November 01, 2009

Pertanian dan media mass

Salam kepada semua pengunjung, saya di sini ingin berkongsi satu pendapat iaitu pengaruh arus perdana dalam tidak merealisasi industri yang baru tumbuh mekar dalam industri di Malaysia khasnya.

Anda semua perasan atau tidak jika sesuatu industri baru yang menampakkan kejayaan pada satu-satu tahap akan lumpuh dalam tahun ke 2 atau ketiga. Contohnya industri vermikompos dan vermikultur. Meletupnya bukan main. Satu saja harapan saya, anda jangan terlalu melulu jika mendapat tahu satu-satu industri yang anda sorang sahaja nampak macam berpotensi.

P/S: "tahukah anda itu adalah salah satu cara mereka mempromosi perniagaan mereka?" Ada duit yang dikenakan samada kepada JPM atau pun Individu untuk masuk dalam satu ruangan di televisyen.

Kalau ia pun anda terpengaruh dengan khabaran media massa itu, carikan pasaran dahulu. Kalaupun ianya memberikan anda kontrak farming, mudahkah anda untuk meletakkan hasilan ladang anda ke tempat mereka? Pengalaman saya dalam industri vermicast adalah menghampakan.

Permulaan memang seronok, ada dapat kontrak farming. Tapi bila hasil dah keluar, bila dah nak hantar hasil, tak terima yang kasar la, tak terima yang bukan taik cacing lah, nak yang gred 'a' lah, apa lah.

Memanglah kita boleh menjual sendiri hasilan itu, tetapi oleh kerana industri itu keluar dalam media massa, jadi ramai yang masuk dan mengatakan industri ini berpotensi. Anda silap, ia berpotensi bagi syarikat-syarikat besar. Yang kaya tetap menambah kekayaan, yang adik beradik kita, lambat,susah, payah sikitla.

Senang cakap, bila masuk tv, semua orang nak buat. Jangan buat macam tu wahai syarikat-syarikat besar. Bila ramai yang buat, maksudnya pengeluaran akan jadi banyak, bila pengeluaran banyak dari permintaan maksudnya harga akan jadi rendah. Yang terkena bukan sapa, kita ni la yang baru nak bertapak.

Ingat saudara-saudara, dalam tv, banyak yang kita tak boleh pakai. Lebih menguntungkan orang yang sedia kaya. Tapi yang berjaya tu alhamdulillah, semuanya dari ALLAH swt.

Kita tengok cili fertigasi, dulu harga pasaran boleh tahanlah, tapi oleh kerana banyaknya individu yang terjun ke bidang itu tambahan dengan kemasukan cili-cili dari China, harga nya dah jadi berapa sekarang? Itu baru harga pasaran, bagaimana pula dengan harga borong?

Alih-alih yang kayanya orang yang membuat sistem fertigasi tu, pembuat pam, pembuat polibeg dan seangkatannya.

Tips untuk anda, anda jumpa teknologi baru, anda lah yang akan kaya jika berada dalam saluran yang betul. Bukan saya kata, orang cerdik pandai kata. Jadi, research and developement(RnD). Try n error, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.