بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, November 20, 2012

Kumpulan Jihad Palestin Sudah Ada Peluru Berpandu


Kumpulan pejuang Jihad Islam di Gaza kini mempunyai senjata yang jangkauannyaboleh mencapai ibu kota Israel Tel Aviv. Halini disampaikan anggota kumpulan BrigadeAl Quds kepada AFP dalam sebuahwawancara.

Seperti yang disiarkan oleh Al Arabiaselama seminggu terakhir Brigade Al Qudsmelancarkan roket-roket mereka ke negaraYahudi Israel.

Seorang anggota Briged lain bernama AbuIbrahim juga mengatakan bahawakumpulannya telah siap memperluaskanjangkaukan serangan roket hingga ke luar kota Ashdod Israel yang terletak sekitar 35 kilometer di luar Gaza.

Jika Israel mensasarkan para pemimpin kumpulan Palestin atau warga negara Palestin maka Briged kamiakan membalas dengan kekuatan dan memperluaskan liputan senjata di luar Ashdod. kata Abu Ibrahim kepada AFP.

Abu Ibrahim menambah bahawa Briged Al Quds mempunyai ribuan roket yang mempunyai liputan jarah jauh.

Selain menghasilkan roket secara manual militan di Gaza juga mendakwa mempunyai peluru berpandu jenisSAM-7 yang berhasil menjatuhkan helikopter Israel pada tahun lalu.

Mursi: Mesir Tidak Akan Tinggalkan Gaza Sendirian


KAHERAH- Bercakap secara eksklusif kepada Asharq Al-Awsat, Duta Mesir ke Pihak Berkuasa Palestin, Yasser Osman menekankan bahawa Kaherah bukan pengantara di antara Israel dan Palestin, tetapi berdiri teguh di pihak Palestin.

Beliau menambah bahawa Mesir sedang melaksanakan setiap usaha untuk menghentikan pencerobohan berterusan Israel terhadap Semenanjung Gaza, mengesahkan bahawa pihak Israel memulakan konflik dan tindakan dari puak Palestin adalah tidak lebih dari hanya mempertahankan diri.

Duta Mesir, bercakap kepada Asharq Al-Awsat melalui telefon dari Ramallah, juga menegaskan bahawa "tindakan diplomatik dan politik yang sedang diambil oleh Mesir bertujuan memberikan sokongan kepada Gaza, dan kami juga menghantar mesej kepada pihak Israel tentang keperluan untuk menghentikan pencerobohan. "

Jurucakap Presiden Mesir, Dr Yasser Ali mengumumkan Rabu lalu bahawa Presiden Mohamed Mursi telah mengambil keputusan untuk memanggil balik duta Mesir ke Israel sebagai tindak balas kepada serangan udara Israel yang mensasarkan Semenanjung Gaza. Mursi juga mengarahkan Kementerian Luar Mesir untuk memanggil duta Israel ke Kaherah untuk mengeluarkan bantahan rasmi terhadap tindakan Israel.

Bercakap kepada TV kerajaan Mesir, jurucakap Presiden Mesir berkata, "Presiden Mursi telah mengikuti serangan kejam Israel di mana beberapa pejuang dan anak-anak rakyat Palestin terbunuh. Atas dasar ini, beliau telah memanggil balik duta Mesir ke Israel, dan telah mengarahkan wakil Mesir di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan, dan memanggil duta Israel di Mesir untuk membantah serangan tersebut."

Osman juga menafikan laporan media Israel bahawa Tel Aviv telah meminta pengantaraan Mesir untuk gencatan senjata berikutan pembunuhan komander Hamas, Ahmed al-Jabari, menekankan bahawa "Mesir bukan pengantara; kami berada di pihak Palestin untuk menghentikan serangan Israel terhadap Paletin."

Beliau menambah bahawa Kaherah telah memanggil untuk campur tangan Arab dan antarabangsa bagi menghentikan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin, sambil menambah "Mesir lebih prihatin untuk menghentikan pencerobohan, sebelum berbincang tentang gencatan senjata."

Duta Mesir kepada Pihak Berkuasa Palestin juga menafikan bahawa Kaherah berhubung dengan puak Palestin untuk menghentikan serangan roket ke Israel sebagai antara langkah ke arah gencatan senjata. Beliau memberitahu Asharq Al-Awsat "Israel memulakan pencerobohan, dan apa yang dilakukan puak Palestin adalah mempertahankan diri." Beliau menambah, "Ia adalah terpulang kepada pihak yang memulakan pencerobohan untuk menghentikannya."

Perdana Menteri Mesir, Hisham Qandil membuat satu lawatan selama tiga jam di Semenanjung Gaza Jumaat lalu di mana dia mengutuk pencerobohan Israel ke atas Gaza sebagai "bencana." Qandil melawat bangunan Council of Ministers di Gaza City, serta sebuah hospital yang merawat mereka yang cedera dalam serangan.

Perdana Menteri Mesir berkata, "Apa yang saya saksikan di Gaza adalah bencana dan saya tidak boleh berdiam diri. Pencerobohan Israel mesti dihentikan. "Beliau juga menegaskan bahawa "Mesir akan mencuba sedaya upaya untuk menghentikan pencerobohan dan mencapai perjanjian gencatan senjata".

Timbalan Perdana Menteri Israel, Moshe Yaalon juga turut memberi gambaran bahawa Tel Aviv berminat dalam gencatan senjata, memberitahu radio Israel "Jika Hamas mengatakan ia memahami mesej dan melakukan gencatan senjata untuk tempoh yang lama melalui perantaraan Mesir atau sesiapa sahaja, maka itulah apa yang kami mahukan. Kami mahu ketenangan di selatan dan pencegahan yang kuat”.

Beliau menambah, "Rakyat Mesir telah menjadi saluran untuk menyampaikan mesej. Hamas sentiasa menggunakan mereka untuk meminta gencatan senjata. Kami sedang berhubung dengan Kementerian Pertahanan Mesir, dan ia boleh menjadi satu saluran di mana gencatan senjata dapat dicapai."

Walau bagaimanapun, ia jelas kelihatan bahawa pendekatan luar Mesir telah berubah dengan ketara sejak rejim Mubarak dijatuhkan dan pelantikan Presiden yang disokong Ikhwanul Muslimin. Presiden Mohamed Mursi, bercakap Jumaat lalu, menegaskan bahawa "Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendirian" dan memanggil serangan Israel ke atas wilayah itu sebagai "satu pencerobohan secara terang-terangan terhadap kemanusiaan."

Mursi membuat komen tersebut dalam ucapan selepas solat Jumaat. Beliau menegaskan bahawa "Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendirian, Mesir hari ini bukan Mesir yang semalam, dan Arab hari ini bukan Arab yang semalam”.

Monday, November 12, 2012

Petak depan

Pada suatu hari yang pada terdapat hitam, biru, kuning, hitam, merah, putih, bulat, petak ada kuning bawa tiga kaca yang dalamnya ada koko, hitam, dan koko. Ada juga oren bawa kuning, koko dan koko juga. Sejemput dan putih berkaca dongak bersama yang lain, tapi ada yang tunduk juga ke bawah. Bising bahasa kuning sudah 2 jam lebih walaupun ada kaca sahaja yang tinggal. Tertunduk sambil sentuh kekotak nipis banyak juga walaupun sepetak tiga putih yang beracara. Banyak tinggal yang berpendek dari yang panjang gelap mungkin mewujudkan putih dari bujur yang ke bawah. Merah lambai cahaya baru tiba mungkin merencana acara di luar 40x40 kaki. Bunyi macam audio bass yang buruk memecah putih yang bercorak ombak dengan susunan teratur sepatutnya. Sfera yang tinggal boleh jadi kering di bawah putih bersifat jisim dari si berdiri pemerhati kuning-kuningan.

Sunday, November 11, 2012

Kisah Pilu Seorang Ibu Meninggal Selepas 27 Tahun Menanti Anaknya Di Penjara Israel

Kisah Pilu Seorang Ibu Meninggal Selepas 27 Tahun Menanti Anaknya Di Penjara Israel



Ramallah - Latifah Darwis 85 tahun, hasrat satu-satunya adalah menjenguk anaknya Rafei Karajah yang ditahan di penjara Israel sejak tahun 1985. Rafei menjalani hukuman penjara seumur hidup. Namun, kelmarin Selasa 07/11 Latifah Darwis yang sudah berusia lanjut itu meninggal dunia, mimpi bertemu anaknya tidak pernah dipenuhi.

Tidak ada seorang pun kerabat Rafei Karajah dibenarkan melawatnya di penjara sejak 20 Mei 1985. Sejak tahun itu pula, ibunya selalu cuba berkunjung namun tidak pernah dibenarkan pihak Israel.

Wanita tua itu juga telah memintah bantuan dari semua kumpulan hak asasi manusia, tetapi semua tanpa hasil.

Latifa kemudian jatuh sakit dan menghabiskan lebih dari satu dekad (10 tahun) menderita pelbagai jenis penyakit serius.

Israel beralasan, tidak mengizinkan Latifa melawat Rafei kerana tidak mempunyai bukti kuat bahawa ia merupakan ibu kandungnya.

"Israel tidak mengakui Latifa dan berkeras bahawa nama keluarga ibu tidak sepadan dengan nama tahanan," kata Amani Srahna, seorang pengurus di Persatuan Tahanan Palestin kepada Gulf News.

Impian Rafei untuk dikunjungi keluarganya sekarang sudah hilang, kedua-dua orang tuanya sudah meninggal dunia semua, walaupun ia masih mempunyai seorang saudara yang kini tinggal di Amerika.

Para tahanan Palestin di penjara-penjara Israel dilaporkan akan mengadakan sesi majlis untuk Latifa Darwis, diantaranya diadakan di Penjara Ashkelon di mana Rafei ditahan.

Kini, selain Rafei masih banyak tahanan Palestin di penjara-penjara Israel yang juga tidak mendapat kunjungan dari sanak keluarganya kerana ditegah oleh peraturan negara penjajah Israel