بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, December 28, 2010

Senapang dalam diri pemburu "benelli"

Bermulanya satu episod cerita yang membawa kepada reformasi atau pembaharuan yang dijanakan untuk mencipta satu epilog penceritaan yang "macam biasa saja" di dunia yang fana ini. Siapa sangka akan begini jadinya, begitu kesudahannya, tu la akibatnya. Kerana mulut, badan binasa merupakan satu ungkapan yang rata-rata kita semua arif dan faham akan maksudnya, iaitu secara kesimpulannya berkenaan ungkapan itu kita dengan kehidupan kita adalah memberi kesan kepada kehidupan orang lain yang juga mempunyai kehidupan, bukan diri kita sahaja. Wahai si pembawa pandemik sosial yang akan mewarisi ke keturunan yang seterusnya, didiklah anak-anak kamu menjadi seorang yang sentiasa ingatkan kematian pada masa sama tidak lupakan dunia, bekerja. Ingat kematian bukannya untuk meninggalkan dunia, maksudnya di sini ialah kita sewajibnya berfikir secara waras iaitu di penghujung kehidupan adalah kematian yang kita semua sendiri telah sedia maklum, bila-bila masa sahaja ia boleh sampai kepada kita tidak kira waktu, tidak lambat, tidak pula cepat. Supaya kita dengan bekalan kita selamat di alam yang satu lagi. Cukupkah kita saudara penulis? Berzikir lah sebanyak-banyaknya tidak kira waktu, mudah-mudahan zikir itu menjadi amalan yang utuh dalam diri kita sebelum sampai waktunya nanti biarpun atas sejuta sebab kematian itu berpunca.

Sunday, December 26, 2010

Adoiii

Mencipta satu metodologi atau pendekatan yang difikirkan akan berjaya dalam penempuhan satu di antara banyak liku-liku kehidupan yang akan diharungi pada masa mendatang bukannya suatu yang mudah. Betul lah ada seorang alim berkata, kita menempuh kehidupan kita adalah berdasarkan atau bersandarkan kepada kebetulan sahaja jika difikirkan bagi pemikiran cetek seorang manusia**. Jadi bagaimana seharusnya seorang manusia mencipta tahap keberjayaan seorang manusia itu di muka bumi yang boleh dikira ini? Kita sendiri fitrahnya dicipta untuk merasa lebih baik dari masa dahulu sama ada dari segi pencapaian ilmu, harta, dan sebagainya. Orang kata, bukan saya kata, jika kita melanggar fitrah kita, kita akan merasakan suatu yang tidak sempurna dalam diri kita sendiri. Contoh yang ringkas adalah berdasarkan orang komunis yang menolak tuhan. Fitrah menuju kepada tuhan adalah salah satu dalam diri manusia, mana tidak timbulnya persoalan "tiada tuhan" melainkan dari "tuhan itu ada" dari dalam diri manusia itu sendiri. Begitu jugak dengan kenyataan "harga minyak tidak akan naik" ditimbulkan dengan persoalan "harga minyak akan naik". Tup, tap, tup, tap, lihat diri sendiri wahai penulis yang dikurniakan akal sama seperti manusia lain, tuntutlah ilmu yang sah dan bermanfaat dan jadilah orang yang berfikir dengan berlandaskan syarak, bukan pengetahuan yang cetek yang mentafsirkan sesuatu perkara berdasarkan bisikan hati yang entah-entak diselit dengan bisikan syaitan yang sah-sah ada dalam diri berusaha untuk menyesatkan umat manusia.